
Perodua dan Maybank Islamic Berhad berganding bahu menawarkan pelan pembiayaan fleksibel patuh Syariah pertama di negara ini, iaitu Perodua Flexiplan yang dikuasakan oleh Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i.
Pelan kewangan itu merupakan inisiatif baharu untuk memperkasa pelanggan dengan mewujudkan pengalaman pemilikan kenderaan yang lancar dan inklusif.
Pelan inovatif ini membolehkan pelanggan menikmati:
- Tawaran Pembiayaan Kenderaan Murabahah Bertempoh yang sangat kompetitif, dengan bayaran bulanan yang lebih berpatutan untuk tempoh lima tahun pertama.
- Perodua akan membeli semula kenderaan pelanggan pada harga yang kompetitif berbanding nilai pasaran bagi pembelian model baharu Perodua. Tertakluk kepada terma dan syarat.
- Fleksibiliti pemilikan di mana pelanggan boleh menukar kenderaan mereka kepada model baharu atau mengekalkan kenderaan sedia ada dengan pelan bayaran yang disemak semula.
Pelanggan boleh memilih antara empat model di bawah Perodua Flexiplan membabitkan:
Pada tahun kelima pelan ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar kenderaan Perodua sedia ada kepada yang baharu, dengan nilai tukar beli yang terjamin digunakan untuk mengurangkan bayaran pendahuluan dan memulakan semula tempoh lima tahun tersebut.
Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih untuk mengekalkan kenderaan sedia ada dengan melunaskan baki tertunggak atau melanjutkan pembiayaan sehingga empat tahun lagi di bawah pelan bayaran baharu.
Melalui mekanisme inovatif ini, pelan ini bukan sahaja meningkatkan akses kepada pemilikan kenderaan, malah mewujudkan struktur yang membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka dengan mudah mengikut keperluan kehidupan mereka.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua dan Maybank Islamic mencipta sejarah baharu apabila bergabung tenaga menawarkan pakej pembiayaan terbaik bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat
“Kami percaya bahawa dengan sokongan daripada bank terbesar di Malaysia, digabungkan dengan kepercayaan yang telah kami bina daripada rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Komuniti dan Kewangan, Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar berkata, pendekatan yang ditawarkan itu adalah satu langkah yang memenuhi cita rasa pembeli kereta moden dan memperkasa pelanggan dengan pilihan pemilikan yang fleksibel.
Pelan pemilikan kereta baharu itu mengukuhkan kedudukan Maybank Islamic sebagai bank Islam terkemuka di Malaysia, yang sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui penyelesaian inovatif dan berorientasikan matlamat.
Ia turut memperkayakan ekosistem penyelesaian patuh Syariah untuk pemilik kenderaan Perodua, termasuk Perodua Total Protect Plus iaitu perlindungan takaful komprehensif yang dilindungi oleh Etiqa. Ia dilengkapi dengan perlindungan tambahan bencana bernilai RM5,000, serta Takaful Perlindungan Baki Pinjaman (Credit Reducing Term Takaful) sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk pelanggan.