
Seorang wanita berkongsi rasa kecewa di media sosial apabila keputusan membeli sebuah King direndahkan oleh ahli keluarganya sendiri.
Dalam luahannya, dia menceritakan bagaimana keretanya, Perodua Myvi yang dibeli secara tunai dibandingkan dengan Toyota Vellfire terpakai milik abangnya.
“Aku beli Myvi cash. Abang aku beli Vellfire reconditioned (kereta terpakai) hutang sembilan tahun.
“Mak aku cakap Myvi je?.
“Ingat macam bangcik beli Vellfire. Besar, gah lagi. Kamu beli Myvi je ke?,” kongsinya.
Katanya lagi, apa yang berlaku turut membuatkan suaminya berkecil hati, walaupun hakikatnya mereka berdua sangat bersyukur dapat memiliki kereta tanpa perlu menanggung beban hutang.
“Sampaikan laki aku sendiri pun jauh hati dah (sikap ibu mentua). Terasa dipandang hina. Perlukan kata-kata semangat,” ujarnya lagi.
Menurut wanita ini, dia hanya memilih untuk mendiamkan diri kerana teringatkan pesan ustazah supaya anak tidak bercakap kasar atau menyakiti hati ibu.
“Dalam hati (cakap) cash mak. Tapi siapa aku nak cakap macam tu. Terguris sikit hati aku.
“Tapi itulah… ustazah cakap fasal mak ni, selagi boleh kemam, kemamlah. Selagi boleh telan, telanlah,” jelasnya kecewa.
ARTIKEL LAIN
Demi jimat wang, pemuda ini pilih Proton Saga Iswara berbanding Myvi