Audi eMTB 2.0 – basikal bukit elektrik (eMTB) berharga RM24 ribu!

6

Audi terus menambah rangkaian produk mobiliti elektrik dengan melancarkan generasi kedua basikal bukit bantuan elektrik (eMTB) edisi terhad, iaitu Audi eMTB 2.0.

Dihasilkan melalui kerjasama dengan pembuat motosikal dan e-basikal Itali, Fantic, model baharu gaya enduro ini menawarkan peningkatan prestasi dan kos yang lebih rendah.

Dengan harga (MSRP) hanya $5,850 (sekitar AS$5,850 = 24,668.61 MYR), e-basikal generasi kedua ini lebih mampu milik berbanding pendahulunya.

Penghantaran Audi eMTB 2.0 dijangka bermula pada September 2025.

Diinspirasikan Jentera Dakar

Grafik Audi eMTB 2.0 yang terhad ini mengambil inspirasi daripada jentera off-roader elektrik terbaik jenama itu, iaitu kereta lumba Audi RS Q e-tron yang memenangi Rali Dakar.

Ini mengukuhkan DNA prestasi quattro Audi yang bermula sejak kejayaan mereka dalam Kejuaraan Rali Dunia pada tahun 1980-an.

Komponen dan Prestasi

Dibangunkan berdasarkan model enduro XEF 1.9 Factory Fantic, eMTB 2.0 direka dengan bingkai aluminium ringan yang geometrinya membolehkan posisi menunggang lebih santai.

Ini membantu penunggang bertindak balas terhadap halangan dan permukaan.

  • Rim: 29 inci di hadapan/27.5 inci di belakang memberikan yang terbaik dari segi keupayaan mengatasi halangan dan kelincahan ketika mengambil selekoh ketat. .

  • Sistem Gantungan: Sistem gantungan penuh dengan jarak pergerakan 180 mm. Ia dilengkapi dengan fork udara Öhlins RXF38 m.2 di hadapan dan peyerap hentak tunggal dari Öhlins TTX22m.2 di belakang.

  • Transmisi: Tugas penukaran gear 1×12 dikendalikan oleh rear derailleur elektronik yang dinaik taraf SRAM GX Eagle Transmission AXS dan kaset belakang SRAM XX SL Eagle 12-speed 10-52T.

  • Brek: Kuasa berhenti dipertingkatkan dengan kaliper Sunstar Braking F.I.R.S.T. dan rotor EPTA STAGE baharu, berukuran 220 mm di hadapan dan 20 3mm di belakang.

  • Roda dan Tayar: Menggunakan roda tubeless-ready Mavic khusus untuk e-basikal dan tayar off-road Vittoria untuk e-basikal.

Kuasa dan Julat Elektrik

Basikal bukit elektrik ini diperkasa oleh motor Brose S-MAG 250-watt yang senyap dan cekap, mampu menghantar tork sehingga 90Nm.

Kuasa dibekalkan oleh pek bateri litium-ion 720-Wj, 36-volt yang disepadukan sepenuhnya di dalam bingkai aluminium.

Audi eMTB 2.0 menyediakan empat mod bantuan elektrik pada kelajuan sehingga 32 km/j, menawarkan keupayaan yang luas untuk pelbagai permukaan:

  • Eco: Kecekapan dan julat maksimum dengan bantuan ketara.
  • Tour: Tahap rangsangan elektrik yang lebih signifikan.
  • Sport: Bantuan berkuasa untuk gaya penunggangan sport.
  • Boost: Tahap bantuan elektrik maksimum untuk mendaki laluan berbukit yang mencabar.

Anggaran julat bateri adalah antara 20-150 km, bergantung pada permukaan, berat penunggang dan mod bantuan yang digunakan.

Paparan digital kecil pada hendal memberikan maklumat penting seperti tahap bantuan, status cas bateri, dan kelajuan. Petunjuk tahap cas akan berkelip apabila paras bateri jatuh di bawah 10%.

Ketersediaan dan Aksesori

Audi eMTB 2.0 ditawarkan melalui Aksesori Tulen Audi (Audi Genuine Accessories).

Pelbagai aksesori berjenama lain turut tersedia, termasuk sarung tangan, jersi, botol air, pek serta rak basikal yang serasi untuk model Audi terpilih.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here