Hyundai tawar periksa kereta percuma, diskaun 20 peratus

7

HYUNDAI Motor Malaysia (HMM) melancarkan kempen istimewa ‘myHyundaiCare’ sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya.

Kempen ini bertujuan memastikan pemilik kenderaan Hyundai dapat menikmati perjalanan lancar dan selamat.

Bermula 1 Disember 2025 hingga 31 Januari 2026, semua pemilik kenderaan Hyundai dipelawa mengunjungi pusat servis sah yang berdekatan bagi menikmati pelbagai tawaran eksklusif.

Antara perkhidmatan ditawarkan termasuklah pemeriksaan kenderaan percuma dan diskaun 20 peratus untuk minyak enjin dan penapis minyak, khas untuk produk Shell.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang HMM dalam memberikan ‘ketenangan fikiran’ kepada pelanggan, terutamanya ketika mereka merancang perjalanan jauh ketika musim cuti hujung tahun.

Hyundai diskaun

Selain kempen selepas jualan, HMM juta melanjutkan kempen jualan akhir tahun sehingga 31 Disember 2025.

Kempen ini merangkumi barisan model popular seperti SANTA FE serba baharu, TUCSON baharu, dan STARIA.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Hyundai baharu dalam tempoh kempen ini berpeluang memilih ganjaran mereka mahu.

Dua pilihan utama ditawarkan adalah penjimatan segera menerusi diskaun langsung sehingga 10 peratus daripada harga kenderaan.

Atau mereka boleh memilih ganjaran jangka panjang – pakej eksklusif merangkumi kadar faedah serendah 0.8 peratus, lapan kali servis percuma, termasuk alat ganti dan upah.

Selain itu, mereka juga boleh memilih untuk mendapatkan baucar Shell bernilai RM1,000 dan jam tangan pintar Samsung bernilai RM1,200.

Turut ditawarkan bonus akhir tahun sehingga RM10,000.

Orang ramai yang berminat mendapat semua tawaran istimewa ini boleh mengunjungi bilik pameran Hyundai di seluruh negara untuk melihat sendiri model-model ditawarkan, membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai ganjaran tersedia daripada wakil jualan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here