
Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC baharu ke pasaran tempatan pada harga RM 329,888 seunit.
Dibina atas legasi kukuh GLC sebagai SUV terlaris, varian tersebut di pasang tempatan (CKD) di kemudahan kilang pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan.
Berikut fakta ringkas tentang GLC 200 4MATIC :
- Didatangkan dengan penggayaan AMG Line, yang terdiri daripada apron hadapan AMG dengan salur masuk udara sporty dan elemen kemasan krom serta apron belakang AMG dengan rupa diffuser.
- Dilengkapi dengan rel bumbung aluminium berkilat dan pemijak kaki berpenampilan aluminium dengan stud getah.
- Menggunakan rim aloi ringan 5-jejari AMG 20-inci dan gril radiator dengan corak Mercedes-Benz.
- Lampu belakang didatangkan dengan dua bahagian dalaman dengan rupa tiga dimensi
- Lampu depan LED berprestasi tinggi dengan bantuan lampu tinggi adaptif
- Menampilkan dalaman AMG Line, termasuk upholsteri kulit tiruan ARTICO berwarna hitam, papan instrumen dan garis tali pinggang kemasan kulit tiruan ARTICO rupa nappa
- Stereng sukan pelbagai fungsi dalam kulit nappa dan pedal sukan AMG
- Kemasan hiasan kayu limau struktur garis antrasit dan konsol tengah dalam kemasan struktur logam
- Kluster instrumen bersaiz 12.3-inci dan skrin infotainmen 11.9-inci
- Lampu ambien 64-warna dan pantulan bercahaya ‘Mercedes-Benz’
- Kawalan iklim automatik THERMATIC, kaca akustik penebat haba dan bunyi, serta bidai matahari penggelek untuk tingkap belakang.
Prestasi dan Enjin

- Mild Hybrid: Ditawarkan dengan mild hibrid bersama teknologi 48-volt dan penjana pemula bersepadu generasi kedua.
- Output: Unit empat silinder dari keluarga enjin FAME (Family of Modular Engines) menghasilkan kuasa 204 hp dan tork 320 Nm.
- Sistm Pacuan: Sistem pacuan semua roda 4MATIC.
- Menggunakan suspensi Kawalan Agility dengan sistem redaman selektif pasif untuk keseimbangan pengendalian dan keselesaan.
Keselamatan
- Infotaimen MBUX: Sistem infotaimen MBUX (Mercedes-Benz User Experience) dengan Navigasi Premium MBUX dan Augmented Reality Navigation.
- Pakej parkir dengan kamera 360 darjah dan Bantuan Letak Kereta Aktif dengan PARKTRONIC.
- Paparan bonet lutsinar dalam mod off-road.
- Kemudahan: Pintu belakang EASY-PACK, KEYLESS-GO, HANDS-FREE ACCESS, pengecasan tanpa wayar di hadapan, dan enam port USB-C pengecasan pantas.
- Ciri Keselamatan Canggih: Bantuan Pengekalan Laluan Aktif, Bantuan Titik Buta, Bantuan Brek Aktif dan sistem PRE-SAFE®.






















