JPJ sita Honda Civic dijadikan ‘ulat’ teksi

50
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebuah Honda Civic selepas didapati menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Siasatan awal mendapati ‘ulat’ tersebut memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada dua warganegara Britain dari Terminal 1 KLIA ke Concorde Hotel,Kuala Lumpur dengan kadar tambang sebanyak RM100 dan akan dibayar bila sampai ke destinasi.
 
Susulan itu pemandu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).
 
“Ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1), di bawah akta yang sama,” menurut kenyataan.
 
Pihak berkuasa menasihatkan orang awam agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.
 
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here