Amerika sudah tidak ada model kenderaan baharu bawah $20 ribu

5

Nissan baru-baru ini mengumumkan penamatan jualan bagi model sedan mampu milik Versa untuk pasaran Amerika Syarikat.

Produksi bagi model Nissan Versa telah pun ditamatkan pada Disember 2025.

Walau bagaimanapun, Nissan dalam satu kenyataan komited untuk terus menawarkan kenderaan yang bergaya dan dalam masa yang sama lebih mampu milik di dalam segmen sedan (Sentra, Altima) dan SUV kompak (Kicks).

Dengan terkuburnya Nissan Versa, pasaran Amerika Syarikat kini tidak lagi mempunyai kenderaan di bawah julat harga $20,000 (RM81 ribu) setelah pesaing rapatnya Mitsubishi Mirage telah lama dihentikan penjualannya.

Peminat kereta jenama Nissan masih lagi boleh mendapatkan kenderaan mampu milik seperti Nissan Kicks Play (generasi lama) yang bermula dari $22,910 (RM92,877), sementara sedan Nissan Sentra pula dijual bermula dari $23,845 (RM96,668).

Nissan Kicks generasi baharu pula dijual pada harga bermula $23,925 (RM96,992).

Sebagai perbandingan, jenama pesaing Hyundai menawarkan model SUV Venue pada harga $22,150 (RM89,796), menjadikannya model kenderaan baharu yang paling murah pada ketika ini di Amerika Syarikat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here