Utama Berita Automotif 10 Ulasan Mendalam Mitsubishi Triton Patut Jadi Pilihan Anda!

10 Ulasan Mendalam Mitsubishi Triton Patut Jadi Pilihan Anda!

3

Ada sebab mengapa nama Triton sentiasa disebut apabila bercakap tentang pikap Jepun atau secara amnya pikap untuk kegunaan kerja dan aktiviti harian.

Ia bukan model baharu yang muncul tanpa sejarah. Triton hari ini ialah hasil lebih empat dekad pengalaman Mitsubishi membangunkan pikap yang tahan lasak.

Semuanya bermula pada tahun 1978 melalui model Forte atau L200 yang menyumbang kepada reputasi global Mitsubishi dalam dunia kerja, pengangkutan berat dan prestasi off road.

Triton generasi baharu ini pula datang dengan pakej lebih menarik untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

Ia menggabungkan kekuatan warisan L200 dengan reka bentuk dan teknologi terkini, sambil membawa nilai jenama Jepun yang dipercayai rakyat Malaysia sejak dahulu.

Triton baharu lebih matang, lebih moden dan membawa semangat kejuruteraan yang menjadi identiti Mitsubishi.

Berikut ialah sepuluh sebab kukuh mengapa Triton menjadi pilihan paling bernilai untuk pembeli masa kini.

1. Evolusi Lebih 4 Dekad

Sejak Forte dan L200, Mitsubishi sentiasa memberi perhatian kepada pikap ikonik ini.

Sepanjang 45 tahun, lebih 5.7 juta unit terjual di seluruh dunia dan digunakan dalam pelbagai keadaan daripada industri, pertanian, logistik hingga ekspedisi.

Generasi baharu Triton meneruskan DNA tersebut dengan reka bentuk yang menyerlah, rangka lebih teguh dan teknologi lebih pintar.

  1. Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Keselamatan Mitsubishi Triton bukan sekadar aksesori, ia adalah kejuruteraan teras. Melalui ujian pelanggaran ASEAN NCAP, Triton (2024) memperolehi penarafan 5 bintang melalui skor 74.71.

Triton mencatatkan markah penuh bagi impak sisi dengan skor 8.00/8.00, membuktikan kekuatan tiang dan pintu dalam menyerap tenaga rempuhan.

Triton juga turut mencatakan markah penuh bagi Effective Braking & Avoidance dengan skor 6/6, Perlindungan Pejalan Kaki dengan skor 2.0/2.0.

  1. Kelengkapan Keselamatan Pintar MMSS

Sistem keselamatan pintar Mitsubishi Motors Safety System (MMSS) bertindak sebagai mata kedua pemandu untuk keselamatan dan mengurangkan risiko berlakunya pelanggaran.

Berikut adalah ciri-ciri bagi Triton Athlete dan Premium:

Varian Athlete (Paling lengkap):

  • Forward Collision Mitigation (FCM):Brek kecemasan automatik dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki.
  • Lane Departure Warning (LDW):Amaran jika kenderaan terkeluar dari lorong tanpa sengaja.
  • Adaptive Cruise Control (ACC):Mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan hadapan secara automatik.
  • Auto High Beam (AHB):Lampu tinggi automatik yang tidak menyilaukan pemandu lain.
  • 7 Beg Udara SRS:Termasuk beg udara lutut pemandu untuk perlindungan menyeluruh.

Varian Athlete & AT Premium:

  • Blind Spot Warning (BSW) dengan Lane Change Assist (LCA):Amaran titik buta semasa menukar lorong.
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA):Mengesan trafik dari sisi semasa mengundur keluar dari parkir.

  • Active Yaw Control (AYC):Teknologi legenda rali yang mengawal tork dan brek roda hadapan untuk kestabilan maksimum di selekoh.

Standard Pada Semua Varian (Termasuk Single Cab & GL):

  • Active Stability Control (ASC) & Traction Control (TCL):Menstabilkan kenderaan dan menjaga cengkaman tayar secara automatik di jalan licin atau semasa selekoh tajam.
  • Anti-lock Braking System (ABS) & EBD:Mencegah tayar daripada terkunci semasa brek mengejut supaya anda tetap boleh mengawal stereng dengan tenang.
  • Hill Start Assist (HSA):Menghalang kenderaan daripada menggelongsor ke belakang selama beberapa saat apabila mula mendaki cerun dari keadaan pegun.
  • Brake Over-ride System (BOS):Mengutamakan fungsi brek sekiranya pedal minyak dan pedal brek terpijak secara serentak dalam situasi panik.
  • Trailer Stability Assist (TSA):Mengesan dan menstabilkan goyangan treler atau beban di belakang secara automatik dengan mengawal brek dan kuasa enjin.
  • Limited Slip Differential (LSD) – Brake Control Type:Menyalurkan tork ke roda yang mempunyai cengkaman untuk memastikan kenderaan tidak tersangkut di laluan sukar.
  • Brake Assist (BA) & Emergency Stop Signal (ESS):Memberikan tekanan brek dan memberi amaran lampu berkelip pantas kepada pemandu belakang semasa kecemasan.

4. Reka Bentuk BEAST MODE yang Diiktiraf Industri

Reka bentuk Triton bukan sekadar kelihatan garang tetapi diiktiraf pakar antarabangsa dan Jepun.

Pengiktirafan melalui iF Design Award, Japan Car of the Year Design Car of the Year serta RJC Special Award membuktikan Triton bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi turut dihargai kerana reka bentuknya yang matang, sasa dan seimbang.

Senarai anugerah dimenangi Triton

  • iF Design Award 2024 (Jerman)– Kategori Product Design.
  • Design Car of the Year (Japan COTY 2024-2025).
  • Special Award (2025 RJC Car of the Year).
  • Good Design Award 2023.
  • VMARK Vietnam Design Award 2024.

Falsafah rekaan Triton berteraskan konsep Beast Mode yang menghasilkan imej sasa berotot dan bermaruah dengan menggabungkan keteguhan serta ketangkasan.

Wajah hadapan Dynamic shield melambangkan prestasi berkuasa dan perlindungan maksimum, dilengkapi gril tiga dimensi dan pelindung yang dioptimumkan khas untuk trak pikap.

Tidak dilupakan bahagian dalaman yang direka praktikal sebagai contoh mesra sarung tangan.

Dalaman Horizontal Axis

Di bahagian dalam, konsep Horizontal axis pada papan pemuka memudahkan pemandu mengesan perubahan kedudukan kenderaan semasa memandu.

Kabin moden ini menggabungkan bentuk geometri dengan riasan metalik serta penggunaan pad lembut (soft padding) untuk keselesaan.

Komponen seperti suis, stereng dan pemegang pintu direka berasaskan konsep Mitsubishi touch, memastikan operasi yang tepat (mesra penggunaan sarung tangan) serta keseimbangan antara kekuatan dan keselesaan sentuhan.

Paparan meter LCD 7 inci, sistem maklumat hibur moden, pengecas tanpa wayar dan ruang simpanan menjadikan Triton selesa sebagai kenderaan kerja mahupun kenderaan keluarga.

5. Enjin 2.4L MIVEC Turbo Dua Peringkat

Mitsubishi Triton dikuasakan oleh nadi baharu iaitu enjin 4N16 diesel turbo bersih.

Bagi varian Athlete, enjin 2.4L Mivec 4N16 High Output dilengkapi teknologi pengecas turbo dua peringkat yang memastikan tindak balas pantas pada RPM rendah serta lonjakan kuasa yang konsisten pada RPM tinggi, sekaligus menghasilkan output sehingga 204 PS dan tork setinggi 470 Nm.

Manakala bagi varian GL dan Premium, ia menggunakan enjin 4N16 Mid Output 2.4L Turbo Diesel (Euro 4) yang mampu menjana 184 PS dengan tork 430 Nm.

Prestasi hebat ini dipadankan dengan pilihan transmisi 6-kelajuan automatik atau manual (GL) untuk kawalan pemanduan yang mantap.

Satu lagi fungsi rangkaian kuasa Triton ialah pada sistem Super Select 4WD-II yang membolehkan pemandu menukar mod pacuan mengikut keadaan jalan, termasuk mod pacuan empat roda sepenuh masa (4H) untuk kestabilan tinggi di laluan mencabar.

Selain itu, terdapat 7 mod pemanduan pada varian Athlete yang mengoptimumkan prestasi mengikut permukaan jalan seperti kerikil, lumpur, pasir dan batu.

Sistem ini turut diperkukuhkan dengan Active Yaw Control (AYC) untuk kestabilan pemanduan serta Active Limited Slip Differential (LSD) bagi memastikan cengkaman tayar yang maksimum di laluan sukar.

6. Teknologi Cengkaman dan Kestabilan Pintar

Mitsubishi Triton dibangunkan dengan sistem pengendalian canggih untuk memastikan kestabilan maksimum di atas pelbagai jenis permukaan jalan.

Sistem Super Select 4WD-II (kecuali Triton GL) menawarkan fleksibiliti melalui empat mod pilihan, termasuk mod 4H (Full-time 4WD) untuk kestabilan tinggi di atas permukaan basah.

Bagi varian Athlete, keupayaan ini dipertingkatkan lagi dengan 7 Drive Modes (Normal, Eco, Gravel, Snow, Mud, Sand, Rock) yang mengoptimumkan parameter enjin dan transmisi mengikut cabaran rupa bumi yang dihadapi.

Aspek dinamika pemanduan turut disokong oleh teknologi Active Yaw Control (AYC) (kecuali Triton GL) yang memastikan kenderaan kekal pada laluannya ketika mengambil selekoh di jalan licin.

Kawalan cengkaman pula diuruskan oleh sistem Active Stability and Traction Control (ASTC) serta Active Limited Slip Differential (Brake Control Type) yang berfungsi secara pintar mengenakan daya brek pada roda yang hilang cengkaman bagi mengelakkan pembaziran tork.

Bagi menangani kawasan berbukit, Triton dilengkapi sistem Hill Start Assist (HSA) untuk pemulaan yang lancar di cerun, manakala ciri Hill Descent Control (HDC) (kecuali Triton GL) membolehkan pemandu menuruni cerun curam dengan kelajuan yang terkawal secara automatik.

Tidak ketinggalan, kestabilan ketika membawa bebanan berat turut dijamin melalui sistem Trailer Stability Assist (TSA) yang mengesan dan menstabilkan goyangan secara automatik, sekaligus memberikan keyakinan penuh kepada pemandu.

Digabungkan dengan kuasa enjin, Triton memiliki kuasa dan teknologi canggih untuk pelbagai muka bumi atau membawa beban di belakang dalam memenuhi pelbagai keperluan anda.

7. Rangka Teguh dan Muatan Besar

Mitsubishi Triton dibina di atas casis yang direka menggunakan bahan tegangan tinggi (high-tensile) untuk memastikan prestasi yang boleh dipercayai serta keselesaan pemanduan dalam apa jua keadaan rupa bumi.

Struktur rangka yang tegar ini menjadi asas kepada kekuatan Triton untuk mengendalikan bebanan berat dan tugasan lasak.

Bagi memenuhi keperluan kerja dan gaya hidup, Triton menawarkan ruang kargo yang luas bagi kedua-dua varian:

  • Double Cab: Dilengkapi ruang kargo berukuran 1,555 mm panjang dan 1,545 mm lebar, yang direka khusus untuk mengendalikan pelbagai barangan termasuk palet Euro.

  • Single Cab: Mempunyai ruang kargolebih besar dengan ukuran 2,340 mm panjang dan 1,580 mm lebar. Varian ini menawarkan kapasiti muatan kargo besar untuk tugasan komersial yang pelbagai.

Selain kapasiti muatan dalam kargo, Triton memiliki keupayaan menunda sehingga 3,500 kg.

Keupayaan ini dipertingkatkan lagi dengan sistem Trailer Stability Assist (TSA) yang membantu menghalang hayunan dengan mengawal kegelinciran roda individu secara automatik apabila sistem mengesan treler mula bergoyang pada kelajuan tinggi.

8. Khidmat Selepas Jualan dan Penyelenggaraan

Mitsubishi memiliki 62 pusat jualan dan servis yang merangkumi seluruh negara.

Komitmen ini memastikan sokongan selepas jualan sentiasa tersedia, sekali gus menambah keyakinan pemilik Triton dalam jangka panjang.

Penyelenggaraan Mitsubishi Triton direka untuk memastikan prestasi enjin 4N16 kekal optimum dengan selang servis setiap 10,000 KM atau 6 bulan (mana-mana terdahulu).

Kos yang ditawarkan adalah berpatutan untuk sebuah pikap gaya hidup dan lasak.

Triton AT Premium (Double Cab)

Bagi varian Double Cab seperti AT Premium, kos servis adalah seperti berikut:

  • Servis Pertama (1,000 KM):Hanya melibatkan pemeriksaan dan kos buruh sebanyak RM52.92.
  • Servis Berkala (Setiap 10,000 KM):Kos bermula dari RM444.29 yang merangkumi penukaran minyak enjin dan penapis minyak.
  • Servis Utama (Major Service):Kos akan meningkat pada setiap selang 20,000 KM (RM765.77) disebabkan penukaran bendalir tambahan di antaranya minyak transmisi automatik dan cecair penyejuk.
  • Servis 40,000 KM / 80,000 KM:Merupakan servis paling menyeluruh dengan kos antara RM1,209.18 hingga RM1,262.10.

Triton MT Single Cab

Bagi varian Single Cab yang digunakan untuk tugasan kerja berat, kos penyelenggaraannya adalah lebih ekonomikal

  • Servis Pertama (1,000 KM): Kos buruh sahaja sebanyak RM52.92.
  • Servis Berkala (Setiap 10,000 KM): Kos bermula dari RM413.70.
  • Servis Utama (Major Service): Pada selang 20,000 KM, kos adalah sekitar RM735.18.
  • Servis 40,000 KM / 80,000 KM: Kos adalah antara RM1,128.19 hingga RM1,218.01.
  1. Juara Asia Cross Country Rally 2025

Kehebatan Triton tidak hanya dibuktikan di atas kertas tetapi turut merangkumi dunia permotoran yang sinonim dengan Mitsubishi.

Sukan permotoran lasak juga telah lama membentuk jenama ini.

Kemenangan Triton dalam AXCR 2025 bukan sekadar pencapaian permotoran tetapi bukti ketahanan dunia sebenar.

Jentera rali Triton mengharungi lebih 2,300 kilometer melalui laluan hutan, batu, lumpur dan sungai.

Triton bukan sahaja menamatkan perlumbaan tetapi muncul juara keseluruhan serta membawa pulang Anugerah pasukan Team Award.

Lebih membanggakan, kemenangan Triton pada 2025 sebenarnya mengulangi kejayaan AXCR 2023 bersama Triton generasi terdahulu.

10. Pilihan Varian dan Harga Mengikut Keperluan

Mitsubishi menyusun varian Triton mengikut keperluan dan kepelbagaian pengguna, bermula daripada jentera kerja yang ringkas sehingga ke model gaya hidup yang canggih dan mewah.

Berikut adalah pilihan varian yang ditawarkan mengikut spesifikasi dan harga:

  • Triton Athlete (Enhanced):Varian tertinggi yang paling berkuasa dengan enjin 2.4L 4N16 MIVEC Two-Stage Turbo (Euro 5). Ia menghasilkan 204 PS dan 470 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Harga bermula dari RM159,980.00.
  • Triton Athlete (Sebelum Penambahbaikan):Ditawarkan pada harga RM165,980.00 bagi mereka yang mahukan spesifikasi sedia ada.
  • Triton AT Premium:Pilihan popular bagi mereka yang mahukan keselesaan dan prestasi. Menggunakan enjin 2.4L 4N16 Turbo Diesel (Euro 4) dengan 184 PS dan 430 Nm. Harga ditawarkan pada RM145,980.00.
  • Triton AT GL:Varian transmisi automatik yang praktikal dan efisien, tersedia pada harga RM116,980.00.
  • Triton MT GL:Bagi peminat tegar transmisi manual 6-kelajuan yang mahukan kawalan penuh, varian ini ditawarkan pada harga RM114,980.00.
  • Triton Single Cab:Jentera kerja paling lasak dengan ruang kargo terluas. Menggunakan enjin Turbo Diesel (Euro 4) dan transmisi manual, ia ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM101,980.00.

Pelaburan Jangka Panjang Mitsubishi di Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia berada di landasan kukuh dengan kapasiti CKD tempatan serta rangkaian 63 pusat jualan dan servis yang merangkumi seluruh negara.

Bukan hanya rangkaian penyelenggaraan, Mitsubishi mempunyai Pusat Pembaikan Badan dan Cat di setiap bandar besar di dalam negara.

Triton hari ini bukan sekadar evolusi daripada L200, tetapi lambang kekuatan jenama Jepun yang telah membina kepercayaan pelanggan Malaysia sejak berdekad.

Xforce bakal tiba!

Semua pencapaian, ketahanan dan inovasi ini meletakkan Mitsubishi pada landasan sama untuk model seterusnya.

Model yang ditunggu-tunggu kini bakal tiba apabila Mitsubishi mengumumkan tempahan SUV Xforce dibuka pada awal Februari.

Seperti Triton, Xforce hadir dengan rekaan rugged dan lasak dan tidak membawa elemen bandar semata-mata.

Reka bentuk unggul Xforce telah pun diperakui dengan memenangi anugerah Good Design Award 2023 dan iF Design Award 2024.

Xforce direka mengikut persekitaran pemanduan Asean dan Mitsubishi memberi penekanan berdasarkan pelbagai keadaan cuaca dan permukaan jalan termasuk jalan yang kasar dan dinaiki air.

Satu lagi aspek penting ialah penalaan suspensi dibuat mengikut keadaan jalan raya Asean. Kehebatan Mitsubishi turut diserlahkan melalui empat mod pemanduan seperti mod basah, kerikil dan lumpur.

Di sini jelas bahawa Mitsubishi bukan sahaja membangunkan Xforce untuk hutan bandar tetapi juga laluan mencabar!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here