Utama Berita Automotif RASMI: China haramkan pemegang pintu elektronik pada EV

RASMI: China haramkan pemegang pintu elektronik pada EV

5

China secara rasmi mengharamkan penggunaan pemegang pintu elektronik khusus pada kenderaan elektrik (EV), berkuat-kuasa 1 Januari 2027. 

Model yang sudah diluluskan dan hampir dilancarkan akan diberi tempoh sehingga Januari 2029 untuk membuat perubahan. 

Rekaan tersebut dipopularkan oleh Tesla Model S dan sudah menjadi trend industri sejak sekian lama. 

Namun, aspek keselamatannya mula dipersoalkan selepas beberapa insiden kemalangan maut berprofil tinggi dilaporkan termasuklah kes kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan. 

Menurut laporan Bloomberg, peraturan baharu ini sangat terperinci di mana pemegang pintu luar perlu menyediakan ruang genggaman sekurang-kurangnya 60 mm x 20 mm untuk mudah ditarik. 

Bagi ruang kabin pula, pengeluar wajib meletakkan label jelas berukuran minimum 1 cc x 0.7 cm untuk menunjukkan cara membuka pintu ketika kecemasan. 

Di bawah garis panduan baharu, pengeluar tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya pada sistem elektronik termasuk yang mempunyai bateri sokongan atau kabel tarik mekanikal. 

Antara model yang terjejas termasuklah Tesla Model 3 dan Model Y, BMW iX3, serta beberapa model popular daripada Nio, Li Auto, Xpeng dan Xiaomi di mana 60 peratus daripada 100 EV paling laris menggunakan rekaan tersebut. 

Menariknya, undang-undang baharu ini hanya terpakai untuk EV manakala kenderaan petrol atau hibrid yang menggunakan sistem pintu elektronik tidak terjejas. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here