Utama Berita Automotif MForce lancar dua skuter baharu sempena ulang tahun Smartshop Kluang

MForce lancar dua skuter baharu sempena ulang tahun Smartshop Kluang

9

MForce Bike Holdings melancarkan dua model skuter baharu bersempena sambutan ulang tahun cawangan Smartshop di Kluang, Johor.

Dua model diperkenalkan ialah WMOTO NEXY+180 dan ARIIC GOBI 250 yang menawarkan ciri premium dan teknologi terkini untuk pasaran tempatan.

WMOTO NEXY+180 – RM9,288

Skuter maxi ini hadir dengan beberapa penambahbaikan menarik.

Ia dikuasakan enjin satu silinder 174cc penyejukan cecair yang dipadankan dengan sistem ABS dwi-saluran untuk keselamatan lebih baik.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk :

  • lampu bantuan pancaran rendah
  • tempat duduk berpenyandar
  • lampu aluan
  • sistem pemantauan tekanan tayar TPMS

Kelengkapan premium lain pula merangkumi paparan meter digital TFT 6 inci dan sistem kunci pintar.

Dari aspek keselamatan, NEXY+180 dilengkapi :

  • lampu projektor LED
  • lampu nyalaan siang DRL
  • lampu kecemasan
  • sistem kawalan cengkaman TCS
  • kamera hadapan

Kamera itu boleh disambungkan terus ke telefon melalui Bluetooth bagi mengakses aplikasi Carbit Ride dan RoadCam. 

WMOTO NEXY+180 ditawarkan pada harga asas RM9,288 dengan empat pilihan warna baharu.

ARIIC GOBI 250 – RM13,988

Model kedua, ARIIC GOBI 250 pula menyasarkan penunggang yang inginkan kuasa lebih.

Ia dijana enjin 249cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik EFI dan transmisi automatik CVT.

Antara ciri yang disediakan termasuk :

  • paparan meter TFT
  • sistem kunci pintar
  • port pengecasan USB Type-A dan Type-C
  • sistem kawalan cengkaman TCS
  • sistem pemantauan tekanan tayar TPMS

ARIIC GOBI 250 ditawarkan pada harga RM13,988 dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna baharu.

Pelancaran dua model ini menunjukkan kesungguhan MForce untuk terus memperkukuh barisan skuter mereka bagi memenuhi permintaan pelbagai segmen penunggang di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here