
Cyclone Malaysia secara rasmi melancarkan dua model skuter maxi terbaharu, Cyclone RT2S dan Cyclone RT5, selepas diperkenalkan kepada umum ketika Malaysia Bike Show – Mforce MotoXperience 2026 pada Mei lalu.
Pelancaran turut diserikan dengan pembukaan Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn Bhd di Langgar, Alor Setar, Kedah yang menawarkan sesi pandu uji kepada pengunjung.

Kedua-dua model hadir dengan enjin sekitar 250cc, namun membawa karakter dan kelengkapan berbeza untuk memenuhi keperluan penunggang harian dan penunggang jarak jauh.
Dipasarkan pada harga RM13,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), RT2S disasarkan kepada pengguna yang mahukan skuter praktikal untuk kegunaan harian dan perjalanan sederhana.



Enjin dan Prestasi
- Enjin 247cc, 4-lejang, 4-injap, DOHC, penyejukan cecair
- Kuasa 19.5kW / 26.5PS @ 8,500rpm
- Tork 24.5Nm @ 6,500rpm
- Transmisi CVT automatik
- Kapasiti tangki 12.6 liter | Berat kering 179kg
Ciri Keselamatan dan Teknologi
- Sistem Brek ABS dwi-saluran dengan cakera 270mm depan & 220mm belakang
- TCS boleh nyah aktif
- TPMS Sistem Pemantau Tekanan Tayar
- Dashcam depan & belakang
- Panel meter TFT, kunci pintar, lampu LED penuh
- Visor angin boleh laras manual
- Port pengecasan USB Type-A
RT2S ditawarkan dalam 2 pilihan warna: Prestige Black dan Strong Grey.



Dengan harga RM16,888, RT5 pula tampil sebagai skuter touring dengan kapasiti tangki lebih besar dan kelengkapan premium.
Enjin dan Prestasi
- Enjin 246.9cc, 4-lejang, 4-injap, DOHC, penyejukan cecair
- Kuasa & Tork sama seperti RT2S – 19.5kW / 26.5PS & 24.5Nm
- Transmisi CVT automatik
- Kapasiti tangki 18 liter | Berat kering 190kg
- Sistem brek ABS dwi-saluran komponen BOSCH
Ciri Eksklusif
- Pengesan Titik Buta BSD
- Dashcam depan & belakang
- Visor angin boleh laras automatik
- Panel meter TFT, TPMS, TCS
- Port pengecasan USB Type-A & Type-C
- Ruang simpanan bawah pelana, brek parkir
- Cermin sisi bermotor dan tongkat tengah bermotor
- Peg kaki tambahan, penyerap hentak tempat duduk, tuil brek boleh laras
RT5 ditawarkan dalam 3 pilihan warna: Prestige Black, Strong Grey dan Alabaster White.



Setiap pembelian RT2S dan RT5 layak menerima waranti 2 tahun atau 20,000km, mengikut mana terdahulu.
Jika perbatuan melebihi 20,000km dalam tempoh 2 tahun, komponen enjin masih dilindungi waranti tanpa had perbatuan untuk baki tempoh tersebut.

Dengan harga bermula RM13,888, kemasukan Cyclone RT2S dan RT5 memberikan satu lagi pilihan menarik dalam segmen skuter suku liter di Malaysia — menggabungkan ciri moden, teknologi keselamatan dan kepraktisan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari pengedar sah Cyclone di seluruh negara.
































