Utama Berita Automotif Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 boleh mula ditempah peminat skuter

Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 boleh mula ditempah peminat skuter

4

Segmen skuter 250cc di Malaysia terus menerima suntikan baharu dengan pelancaran rasmi Brixton Moucca 250 dan ARIIC Touch 250.

Kedua-dua model itu kini boleh didapati di pasaran selepas diperkenalkan buat pertama kali pada Malaysia Bike Show – Mforce MotoXperience 2026 pada 29 Mei lalu.

Pelancaran rasmi turut diadakan serentak dengan pembukaan Mforce Best Shop KW Keat Wei Motor Sdn Bhd di Kuala Ketil, Kedah.

Hadir menyempurnakan majlis ialah barisan pengurusan KW Keat Wei Motor serta wakil Mforce Bike Holdings Sdn Bhd termasuk Ketua Pegawai Operasi, Asri Ahmad dan Pengurus Kanan Jualan, Tang Hai Teik.

Pengunjung dan peserta konvoi yang berdaftar turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai barangan eksklusif Mforce ditawarkan sebagai hadiah.

Moucca 250 merupakan model skuter pertama Brixton yang diperkenalkan di Malaysia.

Menampilkan rekaan berinspirasikan skuter klasik Eropah, model ini ditawarkan dalam empat pilihan warna.

Spesifikasi Utama

  • Enjin 244cc, 4-lejang, silinder tunggal dengan sistem suntikan bahan api EFI Bosch
  • Kuasa 18kW
  • Transmisi CVT automatik
  • Berat kering 130kg | Kapasiti tangki 12 liter | Floorboard rata
  • Panel meter TFT, sistem keyless, port USB Type-A & Type-C
  • Sistem ABS dan TCS
  • Sambungan Bluetooth

Berbeza dengan Moucca, ARIIC Touch 250 tampil dengan rekaan moden yang menggabungkan elemen skuter dari Jepun dan Eropah. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna premium.

Spesifikasi Utama

  • Enjin 249cc, sejukan cecair, silinder tunggal
  • Kuasa 16.5kW | Kapasiti tangki 13 liter
  • Panel meter TFT dengan sambungan aplikasi MotoFun – merangkumi navigasi, paparan dashcam dan notifikasi
  • Dashcam hadapan, pelindung angin boleh laras automatik
  • Sistem keyless, port USB Type-A & Type-C
  • Sistem ABS dan TCS
  • Ruang simpanan bawah pelana boleh dibesarkan untuk memuatkan sebuah helmet

Dengan kemasukan Brixton Moucca 250 dan ARIIC Touch 250, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam segmen skuter suku liter yang semakin kompetitif di Malaysia.

Kedua-dua model ini menggabungkan reka bentuk berbeza — Moucca dengan gaya retro klasik, manakala Touch dengan teknologi dan ciri moden — bagi memenuhi pelbagai citarasa penunggang tempatan.

Untuk maklumat lanjut, tempahan dan sesi pandu uji, orang ramai boleh berkunjung ke pengedar sah Mforce di seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here