Anthony Loke: KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah (KP) JPJ, Datuk Rospiagus Taha.   Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pasukan petugas khas itu semenangnya...

Mitsubishi Delica Mini x Coleman, kei car ideal buat kaki outdoor

Mitsubishi mempamerkan pelbagai model konsep di Tokyo Auto Salon termasuklah Delica Mini x Coleman pada Januari 2023. Meskipun binaan sedemikian biasanya dipamerkan di lantai pameran, pengedar kereta tersebut menawarkan versi sama sebagai pilihan Delica Mini pengeluaran.  Mitsubishi memutuskan mengeluarkan versi tersebut...

Pemilik Tesla Model 3 dilema mahu ganti bateri baharu berharga RM56k atau jual kereta

Pemilik Tesla Model 3 Dual Motor Long Range mengalami dilema yang serius apabila dia perlu menggantikan bateri kereta selepas tiga tahun dan mencapai perbatuan 241,000km. Tambahan, waranti juga telah tamat. Pilihan yang ada bagi pemuda itu sama ada menggantikan pek...

Lengkapkan keluarga RS, Aprilia perkenal RS 457 (46hp)

Pengenalan Aprilia RS 457 (2024) melengkapkan pilihan sportbike untuk anak muda yang menginginkan sebuah motor yang lincah dan mudah dikendalikan di kota. Pengeluar asal Itali itu memastikan jentera itu digabungkan dengan teknologi frem dan suspensi terbaik.  Pesaing kepada KTM RC 390 dan...

Himpunan RXZ Member 5.0 mungkin yang terakhir?

Penganjur Himpunan RXZ Member 5.0 belum memutuskan sama ada bakal meneruskan  penganjuran program itu atau sebaliknya tahun depan. Malah pihak penganjur membayangkan penganjuran yang bermula edisi pertama pada 2017 itu mungkin terakhir tahun ini. Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali berkata,...

[Video] Enjin kiri terbakar, pesawat Air China mendarat cemas di Singapura

Pesawat Air China selamat mendarat di Singapura petang semalam selepas enjin di bahagian kiri terbakar. Syarikat penerbangan itu berkata semua penumpang dan anak kapal dalam pesawat CA403 dari Lapangan Terbang Tianfu, Chengdu selamat dipindahkan.  Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.  Berdasarkan...

JPJ: Kalau peserta RX-Z Member datang dalam keadaan standard kita tak kacau

Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu (JPJ) sita 126 motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang sembilan hari Operasi Khas Motosikal (OKM) peringkat negeri Terengganu termasuk peserta Himpunan RX-Z Member 5.0. Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, tidak timbul isu pukat-memukat sempena Himpunan RX-Z Member 5.0...

Kerana saman trafik RM50, wanita hilang RM31,638.85

Niat seorang wanita untuk menyelesaikan satu saman trafik bernilai RM50 bertukar padah apabila dia akhirnya kerugian RM31,638.85. Semuanya disebabkan helah sindiket penipuan dalam talian yang menggunakan pautan melalui emel palsu kononnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperdaya mangsa sehingga...

Porsche Cayenne CKD baharu, dipasang eksklusif untuk pasaran Malaysia harga bermula RM599,999

Porsche Malaysia, yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance melancarkan Porsche Cayenne pemasangan tempatan (CKD) baharu yang dibuat secara eksklusif untuk pasaran tempatan. SUV mewah itu tampil dengan ciri peningkatan dari segi sistem casisnya, berteknologi tinggi yang inovatif, serta konsep...

Motor terbabas, peserta RXZ Members 5.0 maut di LPT 2

Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kemalangan di KM255.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman, pagi tadi. Mangsa, Muhammad Luqman Misnan, 30, bersama dua lagi, rakan dikatakan dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuantan menghala...