Hyundai Tucson ‘Facelift’ bakal dilancar akhir Oktober ini

88

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan untuk Tucson Facelift. Mereka jangkakan akan melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu menjelang akhir bulan ini.

Jentera yang harganya bermula daripada RM123,888 ini hadir dengan dua varian yang menarik. Dua varian menarik itu dinamakan sebagai 1.6L Turbo dan 2.0L Elegance.

Model 1.6L Turbo itu dilengkapi dengan enjin 1.6L T-GDI yang menyalurkan 177PS dengan tork setinggi 265Nm antara 1,500 sehingga 4,500rpm.

Manakala model 2.0L Elegance pula menggunakan enjin Nu 2.0L MPi yang menghasilkan 155PS dengan tork mencecah 192Nm pada 4,000rpm.

Hyundai Tucson Facelift
Hyundai Tucson Facelift

Tucson kini tampak lebih bergaya dengan bampar baharu serta dipadankan dengan kemasan garisan tailgate halus pada bahagian belakang.

Penambahbaikan lain pada luaran jentera ini ialah ia kini hadir dengan rim 17 inci. Selain itu, Tucson kini diperbaharui dengan jeriji baharu serta dipadankan dengan lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang bagi model 1.6L Turbo.

Harga jualannya bermula dari RM123,888 untuk semenanjung Malaysia dan harga ini tidak termasuk dengan insurans.

Pembeli juga bakal menikmati servis secara percuma dalam tiga tahun atau 50,000km. Waranti lima tahun atau 300,000km turut ditawarkan kepada pengguna.

Komen anda mungkin membantu