Go-Jek di Malaysia, perlu perincian undang-undang terlebih dahulu

1252

Kabinet yang bermesyuarat hari ini bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Go-Jek di Malaysia.

Imej: Asia Nikkei

Mengesahkan perkara itu, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, Kabinet sudah memberi lampu hijau mengenai program itu namun KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu tampil dengan perincian undang-undang terlebih dulu secepat mungkin untuk Go-Jek di Malaysia.

Menurutnya, beliau menjangkakan KBS dan MOT akan tampil dengan undang-undang yang perlu dalam tempoh dua bulan ini sebelum boleh dilaksanakan.



“Apa saja proses untuk membangunkan ekonomi anak muda perlu mengikut proses undang-undang sedia ada,” katanya.

Menurutnya, undang-undang yang dikaji itu kelak mungkin akan menetapkan supaya Go-Jek tidak boleh ditempatkan di lebuh raya kerana ia mungkin mendatangkan kemudaratan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membentangkan usul dan cadangan kepada Kabinet untuk melaksanakan program itu.

Menerusi kaji selidik yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya sebelum ini, Syed Saddiq berkata, perkara itu bagi membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima kertas cadangan daripada pelabur swasta dalam perkhidmatan pengangkutan termasuk cadangan daripada perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek.

Katanya, kementeriannya akan meneliti perkara itu dari setiap sudut termasuk implikasi perkhidmatan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here