Volkswagen T-Roc R ialah sebuah Golf R tinggi

1810

Volkswagen T-Roc R akan membuat kemunculan umum pertamanya pada Geneva Motor Show bulan ini. Ini boleh dikira sebagai kereta yang muktamad dari segi rupa dan spesifikasinya.

Walaupun mempunyai rupa sebuah SUV, T-Roc R berkongsi banyak komponen dan mekanikal dari adik-beradik hot hatch Volkswagen iaitu Golf R.



Persamaan dengan Golf R

Pertama sekali, T-Roc R ini dibina di atas pelantar yang sama iaitu platform MQB. Keduanya, model R terbaharu ini dipacu oleh enjin 2.0-liter TSI turbo dengan 300 PS dan 400 Nm tork. Output ini adalah sama dengan Golf R.

Seterusnya, ia menggunakan transmisi DSG dwi-klac tujuh-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda 4Motion yang serupa. T-Roc R mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalam 4.9 saat dan mempunyai kelajuan maksima 250 km/j.

 

Di bahagian casis, T-Roc R menerima suspensi lebih rendah, stereng progresif dan sistem brek 17-inci yang hanya ditemui pada Golf R Performance sebelum ini.

Perbezaan dengan Golf R

Perbezaan paling ketara sudah tentulah rupanya. Muka depan T-Roc R diberikan bampar agresif dengan DRL LED menegak. Terdapat juga logo R pada gril.

Bampar belakang T-Roc R mendapat kemasan “visual air outlets” dan diffuser R dengan warna kontra. Empat paip ekzos merupakan identiti R, dan sistem ekzos boleh didatangkan dengan pilihan ekzos Akrapovic.

Komponen R lain termasuklah cermin sisi krom, spoiler bumbung, gerbang roda dengan kemasan hitam, calliper brek hitam dengan logo R dan warna eksklusif Lapiz Blue Metallic. Tetapi, terdapat juga tujuh lagi pilihan warna, manakala bumbungnya boleh diwarnakan hitam.

Untuk bahagian kabin, ia menggunakan tema stainless steel pada kunci, perehat tempat duduk, roda stereng sports dan pedal kaki. Pemilik juga boleh memilih kulit Nappa, panel tepi dengan kemasan karbon dan warna dalam R yang eksklusif.

Volkswagen T-Roc R mempunyai mod race berserta fungsi launch control untuk cengkaman optima semasa mula memecut. Sistem ESC-nya juga boleh dipadamkan terus secara manual.

Menurut Volkswagen, T-Roc R dibangunkan dan diuji di Nurburgring dan disokong oleh lagenda rali Petter Solberg dan pemandu ujian Volkswagen, Benjamin Leuchter.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here