Kerjasama dengan BMW, Apple perkenalkan kunci kereta digital guna iPhone

1801

Apple telah menggunakan Persidangan Pembangun Seluruh Dunia untuk melancarkan iOS 14 yang menampilkan fungsi kunci kereta digital yang baru.

kunci kereta digital

Direka untuk memberi pengguna iPhone dan Apple Watch cara mudah dan selamat untuk mengakses kenderaan mereka, kunci kereta digital boleh digunakan untuk membuka kunci model kenderaan yang terpilih.



Kunci kereta digital akan dilancarkan pada akhir tahun ini dan kali pertama digunakan pada produk keluaran BMW. Ia akan menggunakan teknologi komunikasi jarak dekat (NFC) untuk membolehkan pengguna meletakkan telefon pintar mereka pada pemegang pintu untuk membuka kunci kereta.

Setelah berada dalam kenderaan, pengguna kemudian boleh meletakkan iPhone mereka di tempat letak telefon pintar dan menghidupkan enjin.

Oleh kerana pemilik kereta tidak lagi perlu memiliki kunci biasa, perkara ini membolehkan mereka berkongsi kereta mereka dengan mudah dengan rakan dan keluarga. BMW berkata, sehingga lima orang dapat mengakses sesebuah kenderaan dan pemiliknya dapat menghadkan kuasa kuda, kelajuan tertinggi dan tetapan kelantangan radio.

Sistem ini juga dikatakan akan selamat dan berfungsi sehingga lima jam setelah iPhone mati kerana kekurangan bateri. BMW juga akan menawarkan pelbagai sokongan kerana model “1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, X5, X6, X7, X5M, X6M dan Z4” yang dihasilkan selepas 1 Julai 2020 akan menyokong teknologi ini dalam 45 negara.

Sudah tentu, anda juga memerlukan peranti Apple yang agak baru termasuk iPhone XR, iPhone XS atau yang lebih baru. Kunci kereta digital juga boleh digunakan pada Apple Watch Series 5 atau yang lebih baru.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here