Bapa biarkan anak umur 10 tahun pandu trak, siap rakam lagi!

1945

Seorang bapa yang merakam anak lelakinya berusia 10 tahun tanpa memakai tali pinggang keledar memandu sebuah trak di jalan raya tular di media sosial.

trak 10 tahun

“Lihat, kami di sini terlibat dalam satu perlumbaan. Ada yang akan kata saya sudah gila, namun saya tidak menyuruh anak saya mencuri pistol atau senapang mahu pun mengambil dadah.



“Ini lah kebanggaan dia, untuk memandu sebuah trak,” kata lelaki itu dalam video tersebut.

Bapa itu yang juga tidak memakai tali pinggang keledar kemudian mengalihkan kamera ke bahagian depan yang menunjukkan sebuah trak lain mendekati mereka di lorong bertentangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝗤𝘂𝗮𝗹𝗶𝗳𝗶𝗰𝗮𝗱𝗼𝘀𝟭𝟬𝟭 🇧🇷 (@qualificados_101)

Lokasi sebenar rakaman video yang sudah mencapai 93,000 tontonan itu tidak dapat dipastikan, namun orang ramai percaya ia dirakam di Brazil.

Video  tersebut yang dimuat naik di akaun Instagram @qualificados_101 merupakan laman yang didedikasikan untuk pemandu trak.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here