Ducati tawar dua edisi terhad Panigale, hanya 260 unit setiap siri

657

Ducati meraikan kemenangan berganda kejuaraan MotoGP dan WorldSBK dengan menawarkan dua model istimewa  Panigale V4 yang diinspirasikan jentera lumba Desmosedici GP dan Panigale V4 R.

Kedua-dua siri istimewa itu, menampilkan liveri motosikal Pecco Bagnaia #63 dan Álvaro Bautista #19. Setiap motosikal itu tampil unik dengan autograf asal penunggang pada tangki, yang kemudiannya akan dilindungi dengan lapisan varnis jernih. 

Kedua-dua motosikal yang dihasilkan dalam siri bernombor dan terhad, meraikan dalam nombor pengeluaran mereka tahun kelahiran Ducati. Malah, setiap siri hanya ditawarkan 260 unit, sempena tahun kelahiran syarikat itu pada 1926.



Bagi model Panigale V4 2022 World Champion Replica ditawarkan dalam konfigurasi satu tempat duduk sahaja dan dipertingkatkan dengan pengapit atas aluminium dengan ukiran laser pada nama model dan nombor progresif.

Peralatan teknikal lain terdiri daripada klac kering STM-EVO SBK sembilan cakera, peredam Akrapovic iaitu 2 kg lebih ringan daripada unit stok Panigale V4. Ia juga didatangkan sistem brek Brembo angkup Stylema® R dan penjejak kaki boleh laras aluminium bilet.

Bagi membuatkan ia lebih istimewa, ia hadir pelindung haba manifold ekzos belakang, penutup alternator, serta saluran brek hadapan diperbuat daripada gentian karbon. Bagi siri Alvaro Bautista #19 pula menampilkan tangki aluminium yang terdapat pada versi Panigale V4 yang lebih halus.

Setiap jentera akan dihantar dalam kotak pembungkusan dengan grafik khusus dan akan disertakan dengan sijil, penutup motosikal dan sistem pemerolehan data Ducati Data Analyser+.

Mereka yang mahu menunggangnya di litar boleh memasang aksesori tambahan yang disediakan, seperti penutup klac terbuka gentian karbon dan kit penyingkiran plat dan cermin. Buat masa ini, tiada lagi butiran harga untuk pasaran Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here