BMW M2: Coupe kompak dengan output 460hp/550Nm, harga bermula RM598K!

375

BMW Malaysia mengumumkan ketibaan BMW M2 baharu di pasaran Malaysia dengan kemudahan pratempahan dalam talian, selaras dengan kehadiran tahun baharu 2023.

BMW M2 adalah coupé kompak berpintu dua yang paling gah pernah dibangunkan dalam kelasnya. Seperti BMW M3 dan BMW M4, BMW M2 baharu turut berkongsi elemen-elemen yang menjadikannya cemerlang, hadir dengan teknologi casis yang dibawakan dari litar lumba ke jalan raya. 

Gah, menawan dan tersendiri

Dari hadapan, ia menggunakan rekaan gril ‘kidney’ yang baharu, distingtif dan tidak berbingkai, bilah-bilahnya boleh dilihat tersusun secara mendatar. 



Melengkapkan iras jentera ini yang gah ialah komponen apron dan salur masuk udara bersaiz besar dan seakan bersegi empat.

Dari sisi memanfaatkan permukaan yang besar serta konsep segi empat untuk konfigurasi pembahagian kereta yang klasik disebut sebagai “three-box”. 

Menampilkan angkup brek biru dan set roda aloi ringan M dengan bersaiz 19 inci untuk hadapan dan 20 inci untuk belakang. 

BMW M2 dengan Pro Package pula hadir secara eksklusif bersama brek M Compound merah. Set roda aloi ringan M hitam dengan pasangan tayar bersaiz 19 inci untuk hadapan dan 20 inci untuk belakang. 

Di bahagian belakang, didatangkan dengan bibir spoiler untuk meningkatkan daya turun aerodinamik. Hadir juga peresap dan paip ekzos berkembar M yang menyerlahkan ketangkasan jentera ini.

Dibawakan secara standard bagi BMW M2 baharu ialah Garisan Bayang M berglos tinggi, berserta konten lanjutan yang disediakan secara eksklusif untuk BMW M2 Pro. Juga eksklusif untuk BMW M2 dengan Pro Package ialah M Carbon Roof dan juga M Lights Shadowline.

Galeri M2

Menggandingkan ketangkasan dengan BMW Curved Display

Ruang kokpitnya mencuri perhatian dengan orientasi serba sportynya. Kini diperkayakan lagi dengan BMW Curved Display berserta skrin paparan ‘M specific’, memuatkan generasi BMW M iDrive yang terkini. 

Dengan BMW Curved Display, Skrin Paparan Informasi dan Skrin Paparan Kawalan telah disatukan menjadi satu unit paparan.

Sebagai standard, ia menampilkan kerusi M Sport berkuasa elektrik dengan pendakap sisi, membekalkan sokongan lateral yang optimum semasa membelok dalam kelajuan tinggi. 

Di belakang, dua tempat duduk yang teracu secara berasingan mempunyai ruang kaki lebih luas berbanding generasi terdahulu. Ia disumbang oleh jarak roda jentera ini yang lebih panjang.

Galeri M2 Pro Package

Kepuasan pemanduan yang sebenar

Menggunakan enjin sebaris enam silinder M TwinPower Turbo berkapasiti tiga liter. BMW M2 baharu mampu menjana kuasa sebesar 460 hp dan 550 Nm tork.

Dipadankan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan, enjin ini mampu 0-100 km/j dalam masa 4.1 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.

Kelajuannya boleh ditingkatkan dengan menggunakan M Driver’s Package yang membolehkan kenderaan itu memecut sehingga 285 km/j.

Tawaran warna luaran terdiri daripada Zandvoort Blue, Alpine White, Brooklyn Grey, Black Sapphire, dan Toronto Red. Kemasan dalaman pula dalam bentuk Leather Vernasca hitam dengan sorotan eksklusif, Leather Vernasca dalam warna hitam dengan sulaman berkontras biru dan Leather Vernasca dalam warna Cognac dengan sulaman dekor.

Anggaran harga runcit (atas jalan, tanpa insurans) dengan Pakej Waranti & Servis Lanjutan Bertempoh 5 Tahun ialah:

BMW M2 Baharu 

RM 598,800.00

BMW M2 Baharu dengan Pro Package

RM 642,800.00

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here