Tempahan Toyota Vios (2023) dibuka, harga mula RM90k

787

UMW Toyota Motor membuka tempahan Toyota Vios (2023) bermula hari ini di semua pusat jualan Toyota yang sah. 

Sedan berkenaan didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Vios 1.5E (AT) dan Vios 1.5G (AT) pada harga bermula dari RM90,000 hingga RM96,000.



Vios generasi keempat tersebut dilengkapi enjin 1.5 liter DOHC Dual VVT-i yang dipertingkatkan bersama transmisi CVT 7-kelajuan yang menawarkan penjimatan bahan api lebih baik.

Di samping itu, sedan segmen-B tersebut didatangkan dengan rim aloi 17-inci, pedal shifter, tiga mod pemanduan (Power, Eco, Normal), Brek Parkir Elektronik bersama Auto Brake Hold, paparan skrin Panorama 3D (PVM), skrin audio 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta pendingin hawa penumpang belakang. 

Toyota Vios baharu ditawarkan dengan lima pilihan warna badan iaitu Silver Metallic, Nebula Blue Metallic, Spicy Scarlet SE (baharu), Attitude Black dan Platinum White Pearl. 

Demi ketenangan minda pemilik, Vios didatangkan dengan ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra Perlanggaran, Kawalan Kekal Lorong, Lampu Tinggi Auto, Kawalan Kruise Adaptif, Lane Departure Prevention, Lane Departure Warning dan Front Departure Alert. 

Selain itu, pesaing kepada Honda City berkenaan turut dilengkapi dengan Pemantauan Titik Buta (BSM) bersama Amaran Trafik Belakang (RCTA). 

Toyota Vios didatangkan dengan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had serta perkhidmatan 24SEVEN Road Assist Toyota dan langganan percuma untuk sistem telematik kenderaan selama tiga tahun.

Bagi mengetahui perincian spesifikasi Vios (2023), nantikan pelancaran rasmi model tersebut. 

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here