Honda perkenal Ridgeline (2024), naiktaraf kabin dan reka bentuk baharu

377

Baru-baru ini, Honda memperkenalkan trak pikap Ridgeline model 2024 yang mana menerima reka bentuk baharu dan kabin yang dipertingkatkan.

Honda Ridgeline akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Sport, RTL, TrailSport (baharu) dan Edisi Hitam.



Semua varian dilengkapi reka bentuk gril baharu manakala TrailSport memiliki rekaan tersendiri dengan gril yang lebih besar, perlindungan bahagian bawah badan, rim aloi kelabu 18-inci dengan tayar General Grabber A/T Sport, cermin sisi boleh lipat automatik dan warna badan biru.

Sepanjang pintu but belakang disematkan perkataan Ridgeline. Selain itu, pintu tersebut didatangkan dengan ciri bukaan ‘Dual Action’ sama ada dalam format engsel tradisional yang diturun ke bawah atau ditolak ke sisi untuk akses lebih mudah.

Bahkan, pelantar kargo belakang boleh memuatkan empat kaki kepingan papan lapis rata serta tidak merosakkan permukaan lantai tanpa pelapik hasil penggunaan bahan komposit.

Manakala kabin Ridgeline cukup selesa dengan banyak ruang untuk penumpang. Tempat duduk belakang didatangkan dengan storan tersembunyi dan lipatan nisbah 60/40.

Perubahan fizikal terbesar adalah konsol baharu dengan perehat tangan lebih besar dan lembut bersama pemegang cawan yang boleh memuatkan botol lebih besar serta ruang untuk tablet atau komputer riba kecil. 

Kluster instrumen bersaiz 7-inci adalah standard dan masih didatangkan dengan jarum fizikal pada meter kelajuan. Di sebelah kanan tersedia skrin infotainment 9-inci dengan paparan menu yang ringkas dan pemprosesan yang lebih pantas.

Turut tersedia ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay sebagai standard serta ruangan meletak telefon pada depan konsol yang cukup besar untuk menempatkan dua telefon bersebelahan. Honda turut menawarkan pengecas telefon tanpa wayar.

Sementara Black Edition dilengkapi dengan sistem audio premium. Ridgelines menggunakan enjin 3.5-liter V6 yang menghasilkan kuasa 280hp dan tork 355Nm bersama transmisi 9-kelajuan automatik.

Bagaimanapun, Honda tidak melakukan perubahan besar pada bahagian casis yang masih menggunakan senibina unibody dengan tawaran 718kg (muatan) dan 2,267kg (keupayaan tunda).

Kesemua Ridgelines didatangkan dengan pacuan semua roda dan menggunakan sistem tork vectoring i-VTM4 bagi menggerakkan 70 peratus kuasa ke roda belakang atau semua roda apabila diperlukan.

Manakala varian TrailSport menawarkan beberapa mod pemanduan yang akan melaraskan terotel dan program pengurusan traksi bagi prestasi lebih baik melalui sand, snow, mud atau on road

Selain TrailSport, barisan Ridgeline (2024) juga menawarkan pakej HPD yang merangkumi kemasan gril berbeza, fender flare hitam, rim unik dan grafik HPD.

Semua model Ridgeline didatangkan dengan set standard ciri bantuan pemandu Honda Sensing, dan model baharu akan mula dijual pada awal Disember 2023.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here