BYD akan buka kilang kenderaan penumpang pertama di Eropah

175

BYD akan membina kilang kereta penumpang pertamanya di Szeged, Hungary. Kemudahan itu akan memasang kenderaan tenaga baharu (NEV) iaitu kenderaan elektrik (BEV) dan hibrid plug-in (PHEV).

Pengeluar EV itu menyatakan pangkalan pembuatan akan dibina dalam beberapa fasa sekaligus mewujudkan ribuan peluang pekerjaan.



Kilang yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu memiliki anggaran kapasiti pengeluaran tahunan enam angka dengan lebih 100,000 EV setiap tahun. 

Hungary menjadi hab pemasangan bagi pengeluar EV China yang mana jenama Nio memiliki kilang kecil yang memasang Stesen Tukar Kuasa (PSS) berhampiran Budapest di Biatorbagu.

Manakala BYD memiliki kilang bas di Komárom, berhampiran sempadan Slovakia. Selain itu, pengeluar bateri EV CATL turut mengumumkan pembinaan kilang 100 GWh di Hungary di samping Sunwoda Electronic dengan nilai pelaburan CNY1.96 billion (RM1.3 bilion).

Sebelumnya, Ketua Pegawai Eksekutif BYD Eropah, Michael Shu menyasarkan perkongsian pasaran EV sebanyak 10 peratus menjelang 2030 dan jualan EV terbesar di benua tersebut. 

BYD telah meneroka 19 negara Eropah dan Hungary pada bulan Oktober lalu. Kilang tersebut akan menjadi kilang Eropah pertama yang dibina jenama EV China.

Walaupun EV Polestar dihasilkan di China dan diimport ke Eropah. Polestar ialah jenama EV di bawah Volvo, dimiliki oleh syarikat automotif China Geely Group.

Antara jenama EV China di Eropah ialah Nio, Xpeng, Great Wall Motors dan MG yang mana kesemua kenderaan mereka diimport. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here