Diem X-01: Konsep motosikal elektrik yang sangat cool daripada sebuah syarikat pemula Denmark

9

Sebuah syarikat pemula yang bertapak di Denmark, Diem Motors memperlihatkan model konsep motosikal elektrik yang sangat cool, dikenali sebagai X-01.

Diasaskan oleh Daniel Kemnitz dan Manvendra Shaktawat, Diem Motors mempunyai kekuatan tersendiri dan mempunyai pengalaman bekerja dengan BMW, Tata, Piaggio, Red Bull Advanced Technologies dan banyak lagi.

Jentera X-01 ini direka mengikut tema kelincahan urban, keringkasan dan kemampanan.

Disebabkan itu, anda tidak akan dapat melihat kelibat rantai, sproket dan kotak gear, disebabkan unit rangkaian kuasa yang telah diringkaskan untuk bebas penyelenggaraan.

Motor elektrik axial flux yang diposisikan dalam hab itu mampu menjana kuasas 47.5 hp yang dipadankan dengan pek bateri, di mana kedua-dua komponen ini dihasilkan sendiri oleh Diem.

X-01 turut dilengkapi dengan fork hadapan Showa jenis terbalik, sistem brek Brembo, sistem pencahayaan LED dan skrin paparan TFT.

Namun buat masa ini, pihak Diem Motors masih belum mendedahkan spesifikasi penuh, harga jualan serta tarikh ia akan mula diedarkan.

Jadi, adakah Diem X-01 ini sebuah motosikal elektrik yang sesuai untuk dipertimbangkan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here