
Biarpun disifatkan sebagai salah sebuah pengeluar terbesar di atas muka bumi, Bajaj Auto tidak dapat lari daripada berdepan masalah kekurangan bekalan.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh ketua pegawai kewangannya, Dinesh Thapar.
“Pada ketika ini, nampaknya kami mungkin akan dapat menyelesaikan pengedaran 50-60 peratus model elektrik dua roda pada suku ini, dan 70-80 peratus model elektrik tiga roda.
Produksi yang perlahan itu adalah disebabkan oleh kekurangan bahan nadir bumi yang sangat penting untuk pembuatan kenderaan elektrik.
India pula merupakan salah satu pasaran utama untuk kenderaan elektrik, di mana motosikal ringan dan skuter membentuk peratusan terbesar daripada jumlah kenderaan di atas jalan.
Melihatkan kepada masalah yang dialami oleh Bajaj yang juga merupakan sebuah syarikat besar, pengeluar EV berskala kecil berkemungkinan besar akan menerima tempias yang sama.