Utama Berita Automotif Kemunculan sulung e.MAS 5 pada Hari Kebangsaan

Kemunculan sulung e.MAS 5 pada Hari Kebangsaan

11

Proton e.MAS 5, kereta elektrik (EV) mampu milik pertama untuk rakyat Malaysia, membuat kemunculan sulung bersejarahnya pada perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya, Ahad lalu.

Dengan rekaan yang melambangkan semangat dan kemajuan negara, EV ini menjadi simbol langkah Malaysia ke arah mobiliti yang lebih pintar dan mesra alam.

Walaupun masih tidak mendedahkan bentuk badan sepenuhnya, EV kompak itu dibaluti dengan corak kamouflaj yang diinspirasikan daripada semangat, keberanian dan kemajuan Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957.

Kemunculan e.MAS 5 turut disertai oleh konvoi 12 unit Proton e.MAS 7 yang menunjukkan sokongan rakyat yang semakin berkembang terhadap EV. 

Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, e.MAS 5 adalah sebuah janji bahawa EV kini lebih mudah dimiliki oleh rakyat. Model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat 2025.

Direka khusus untuk kegunaan harian di bandar, e.MAS 5 menawarkan praktikaliti dan keselesaan.

Walaupun bersaiz kompak, ruang dalamannya setanding dengan kereta segmen-C dan dilengkapi dengan 32 ruang simpanan dan ruang simpanan depan bersaiz 70 liter. Aspek keselamatan juga diutamakan dengan sistem bantuan pemandu canggih.

ARTIKEL LAIN

Proton e.MAS 5 previu, pacuan roda belakang (RWD), jarak 325km

 

 

 

 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here