BMW dilapor bakal lancar GS bersesaran sederhana di EICMA

9

Tidak sampai beberapa bulan sebelum acara pameran EICMA berlangsung di mana kebanyakan pengeluar akan menggunakannya sebagai pentas untuk pelancaran model baharu.

Menurut laporan terbaharu daripadaLe Repaire Motards seperti yang dipetik RideApart, BMW Motorrad juga akan menggunakan EICMA sebagai platform untuk memperkenalkan motosikal off-road GS bersesaran sederhana, iaitu F450 GS.

Motosikal GS tersebut dijangka akan dikuasakan oleh enjin silinder berkembar 450 cc serba baharu, dengan kuasa sekitar 47.5 hp – serasi untuk pemegang lesen A2 di Eropah.

Terdapat juga ciri seperti suspensi hadapan dan belakang boleh laras, dan pilihan transmisi automatik bagi mereka yang mahu beralih daripada penawaran transmisi manual yang biasa.

Selain itu, F 450 GS ini juga akan menampilkan ciri bantuan tunggangan termasuklah ABS Pro, mod tunggangan yang boleh disesuaikan, serta sistem brek yang direka khusus untuk tunggangan off-road.

Daripada segi rekaan, F 450 GS ini banyak diinspirasikan daripada model BMW Motorrad yang lebih besar seperti R1300 GS.

Lebih banyak info dijangka menyusul menjelang acara EICMA yang akan berlangsung pada November ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here