GP Mandalika : Jualan tiket ‘lesu’, Malaysia lebih rancak promosi

430
Litar Mandalika

Penjualan tiket MotoGP Mandalika (2025) yang diuruskan oleh Persatuan Ejen Pelancongan Indonesia (Astindo) NTB mencatatkan hasil yang tidak memberangsangkan.

Sehingga kini, penjualan tiket melalui Astindo baru mencapai IDR 600 juta (RM151,800), iaitu menurun jauh berbanding tahun sebelumnya yang berjaya mencecah IDR 6 hingga 7 bilion (RM1.5 juta-RM1.7 juta) dalam tempoh yang sama.

Sedangkan, perlumbaan MotoGP akan berlangsung pada hujung minggu ini (3-5 Oktober). 

Ketua Astindo NTB, Sahlan M. Saleh berkata jualan tiket yang perlahan ini disebabkan oleh beberapa beberapa kekangan utama. Salah satunya adalah masa promosi yang terhad dan komunikasi daripada pihak penganjur.

Selain itu, kekurangan promosi dan masa yang suntuk turut menjadi faktor.

“Tiket MotoGP mula dijual pada bulan Februari, tetapi hak pengurusannya baru diberikan pada bulan September. Ini menyebabkan kita agak sukar untuk melakukan pakej gabungan tiket dan pakej pelancongan,” jelasnya.

Menurut beliau, promosi MotoGP di Indonesia masih sangat minimum. Jika dibandingkan dengan negara lain seperti Malaysia dan Singapura yang rancak melakukan promosi, malah promosi mereka hingga datang terus ke Lombok, dan bukan hanya tertumpu di Jakarta.

“Minat masyarakat sebenarnya tinggi, tetapi pasaran tidak diusahakan secara maksimum,” katanya.

Selain promosi, kekangan lain yang ditekankan ialah capaian dan harga tiket penerbangan yang dianggap mahal oleh bakal penonton.

Harga tiket penerbangan laluan Jakarta-Lombok kini paling murah IDR1.2 juta (RM303), dan boleh mencecah IDR1.5 juta (RM380), malah lebih mahal ketika hujung minggu hari MotoGP.

“Tiket penerbangan kita relatif lebih mahal di mata pengguna, berbanding destinasi lain di sekitar kawasan Lombok,” tambahnya.

TERJUAL 17 PERATUS

Sementara itu, daripada sejumlah 50,700 tiket yang dikeluarkan oleh MGPA (Mandalika Grand Prix Association), Astindo baharu menjual kira-kira 16 hingga 17 peratus.

Walaupun begitu, pihaknya akan berusaha sedaya upaya agar kesemua tiket dapat dijual habis sehingga pada hari kelima sebelum acara.

“Kami mahu penonton ramai dan penganjuran berjaya, kerana ini menjadi kebanggaan dan tanggungjawab kita bersama,” tambahnya.

Sahlan juga kesal dengan kekurangan komunikasi awal daripada pihak penganjur, baik ITDC mahupun MGPA.

Sepatutnya, perbincangan berkaitan acara antarabangsa yang sudah keempat kali dianjurkan ini perlu dikomunikasikan lebih awal.

“Sepatutnya kita berbincang setahun sebelumnya untuk merancang strategi. Kita sudah tawarkan perkara ini tahun lalu, tetapi komunikasi yang berkesan baharu berlaku satu atau dua bulan sebelum acara,” akhirinya.

ARTIKEL LAIN

“Selain kos murah, lokasi tonton lebih baik di grandstand Sepang berbanding Mandalika,” warga Indonesia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here