Rupa sebenar Kia Telluride (2027) didedahkan secara rasmi

5

SUV saiz pertengahan Kia Telluride mula diperkenalkan sejak tahun 2019 dan menjadi salah satu model yang paling laris dijual di pasaran Amerika Syarikat.

Apa yang anda lihat kali ini ialah Kia Telluride (2027) yang merupakan model generasi kedua dan akan debut secara rasmi pada acara Los Angeles Auto Show tahun ini.

Tidak banyak perincian tentang spesifikasi Telluride didedahkan buat masa ini.

Namun dari segi penggayaan, Kia Telluride (2027) tampil dengan rekaan yang lebih anggun di mana bahagian belakang pula menyerupai SUV mewah buatan Britain.

Muka depan membawakan struktur jeriji yang lebih besar dan menegak, diikuti dengan unit lampu nyalaan siang dan lampu membelok menegak.

Bahagian sisi pula membawakan rekaan bumbung terapung, dan diserikan dengan rim lapan jejari rekaan baharu.

Menurut Kia, Telluride (2027) membawakan ukuran dimensi yang lebih besar, dengan panjang 5,060 mm dan jarak antara roda bertambah hampir tiga inci.

Untuk kabin pula, Kia Telluride menampilkan tetapan skrin berkembar yang lebih besar, diikuti dengan penggunaan bahan yang lebih premium pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah.

Berkongsi platform yang sama dengan Hyundai Palisade, Kia Telluride (2027) dijangka akan ditawarkan dengan tetapan enjin hibrid 2.5 liter atau enjin bentangan V6 3.5 liter.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here