“Saya akan jadi ‘pegawai pemasaran Perodua’ ke luar negara,” PMX

22
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menjadi ‘pegawai pemasaran Perodua’ secara probono setiap kali menjalankan lawatan kerja ke luar negara, bagi mempromosikan produk keluaran anak tempatan itu kepada dunia.
 

“Dalam seminggu dua ini saya akan ke Afrika Selatan, Kenya dan Ethiopia. Saya dah bagi jaminan, saya akan jadi pegawai pemasaran Perodua yang pertama secara probono.

“Tak ada bayaran, gaji pun saya tak ambil,” katanya disambut sorakan warga kerja Perodua ketika sesi lawatan dan ramah mesra di kilang pengeluar kereta nasional itu di Sungai Choh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi serta bertemu tenaga kerja Perodua di Rawang, Selangor. Kredit Foto : FB Anwar Ibrahim

Anwar berkata, perjumpaan dengan tenaga kerja Perodua bukan sekadar lawatan rasmi, tetapi tanda sokongan penuh kerajaan dan rakyat terhadap syarikat tersebut sebagai lambang keupayaan tenaga kerja Malaysia dalam industri automotif.

“Saya lihat pekerja di sini datang dari seluruh negara – Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Anda semua bekerja sebagai satu pasukan dan membuktikan bahawa dengan teknologi, disiplin dan pengurusan yang baik, tiada yang mustahil untuk dicapai,” katanya.

Beliau turut menekankan Perodua kini berada di landasan tepat menuju era teknologi baharu yang menuntut kemahiran digital, kecerdasan buatan (AI), serta latihan semula dan peningkatan kemahiran.

“Saya rasa berada di Perodua ini lebih menyeronokkan daripada menjawab soalan di Parlimen,” selorohnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here