Rasuah Lamborghini, bekas menteri disiasat SPRM

23

Seorang bekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan menteri itu menerima rasuah berkaitan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara. Supercar itu diterima daripada sebuah syarikat pembuat papan iklan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dibuka mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 kini berada dalam fokus siasatan terbaharu SPRM.

Bekas pemimpin terkenal itu pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu, kini turut berada dalam radar siasatan ekoran dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat dalam sebuah kementerian.

Difahamkan, bekas pemimpin terkenal itu yang pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu, kini turut berada dalam radar siasatan ekoran dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat dalam sebuah kementerian.

Siasatan SPRM ketika ini melibatkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

Difahamkan, tindakan itu mempunyai unsur-unsur rasuah dan penyelewengan, malah maklumat terbaharu yang dilaporkan oleh orang awam menyebabkan SPRM membuka kertas siasatan, biarpun bekas pemimpin itu sudah lama tidak berkhidmat dalam kerajaan.

Sementara itu, sumber berkata, berdasarkan maklumat diterima SPRM, bekas menteri itu turut menerima wang kira-kira RM5 juta daripada satu syarikat pemaju.

“Bekas menteri berkenaan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini bagi dirakam keterangan dan siasatan kini mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

“Bagi kes tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau dipindah milik kepada satu syarikat proksi,” katanya.

Menurut sumber, seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat dirakam keterangan bagi membantu siasatan terhadap kedua-dua kes berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here