Syarikat China bangunkan enjin rotari, tapi bukan untuk kereta sports

6

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, enjin rotari sememangnya sinonim dengan jenama Jepun Mazda. 

Tapi, tahukah anda, terdapat satu lagi pihak yang berminat dengan enjin yang sama dan kini telah pun berjaya menghasilkan unit prototaip yang pertama?

Harbin Dongan Auto Engine, sebuah syarikat subsidiari Changan Automobile Group mengumumkan prototaip R05E – sebuah enjin rotari berkuasa tinggi yang dikhususkan untuk kenderaan altitud rendah.

Dalam erti kata lain, ia bukanlah disasarkan untuk kereta sports, sebaliknya kereta eVTOL yang mampu terbang pada ketinggian maksimum 1,000 meter.

Projek ini mula dilancarkan pada 9 April yang lalu menerusi kerjasama dengan syarikat teknologi mobiliti AVL, dan siap sepenuhnya pada 19 Disember lepas.

Antara ciri unik yang ada pada enjin rotari buatan Harbin Dongan ini ialah:

  • casis aluminium tuang dengan salutan anti-geseran NDC
  • saiz yang lebih kompak
  • kuasa 53 kW (71 hp) pada putaran 6,500 rpm
  • prestasi NVH (bising, gegaran dan kekasaran) yang lebih baik

Selain itu, Dongan juga turut membangunkan enjin versi aspirasi semula jadi (NA) dan unit janaan turbo untuk digunakan pada kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang mampu terbang pada altitud sederhana dan tinggi menerusi kerjasama dengan pelbagai syarikat lain termasuklah ARIDGE di bawah naungan Xpeng.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here