Utama Berita Automotif Audi RS5 PHEV (2026): Versi sedan dan wagon, kuasa cecah 630 hp,...

Audi RS5 PHEV (2026): Versi sedan dan wagon, kuasa cecah 630 hp, 825 Nm

9

Mercedes‑AMG dan BMW M sudah lama menawarkan model plug‑in hybrid berprestasi tinggi, dan kini giliran Audi Sport pula memperkenalkan barisan model pantas PHEV mereka, iaitu Audi RS5 PHEV.

Sebagai RS PHEV pertama dari Ingolstadt, Audi memilih untuk tidak mengecilkan enjin. Mereka kekalkan V6 2.9L twin‑turbo, kini dengan 503 hp dengan peningkatan sebanyak 59 hp berbanding model lama.

Kuasa disalurkan melalui transmisi automatik 8‑kelajuan dan sistem Quattro baharu dengan torque vectoring belakang. Ada juga mod RS Torque Rear — versi drift mode Audi — tetapi hanya untuk kegunaan di kawasan bukan awam.

Kotak gear Tiptronic bersama differential self‑locking boleh menghantar sehingga 85% tork ke gandar belakang, atau sehingga 70% ke depan bergantung keadaan pemanduan.

Enjin V6 tersebut tidak bekerja sendirian, ia telah digabungkan dengan motor elektrik 174 hp, menghasilkan jumlah keseluruhan 630 hp dan 825 Nm. 

Seperti dijangka, prestasinya memang brutal: 0–100 km/j dalam 3.6 saat, kelajuan maksimum 285 km/j.

Dengan bateri 25.9 kWh, RS5 boleh bergerak sehingga 87 km dalam mod elektrik penuh, cukup untuk pemanduan bandar. Pengecasan penuh mengambil sekitar dua jam setengah.

Tetapi ada isu besar: berat. RS5 Avant kini mencecah 2,370 kg, iaitu 625 kg lebih berat daripada model sebelumnya.

Malah ia 280 kg lebih berat daripada RS6 Avant yang menggunakan V8 tanpa elektrifikasi. Sebahagian kenaikan ini datang daripada platform A5 baharu yang lebih besar.

Dari segi rupa, RS5 memang memukau. Versi widebody ini hadir dengan air intake fender berfungsi, ekzos oval besar, serta lampu Matrix LED gelap.

Model RS ini juga 9 cm lebih lebar daripada A5 standard, dengan pilihan brek seramik dan rim 20 atau 21 inci. Rekaan belakang pula menampilkan lampu OLED dengan motif bendera perlumbaan.

Bahagian dalaman tidak banyak berubah, masih dengan panel hitam berkilat dan susunan tiga skrin. Namun Audi menaik taraf tempat duduk dengan jahitan honeycomb, pelarasan elektrik dan fungsi urut.

Stereng rata atas‑bawah dengan butang RS membolehkan pemandu mengaktifkan Boost Mode 10 saat untuk kuasa maksimum.

Audi akan melancarkan RS5 baharu ini di Eropah pada suku pertama tahun ini.

Di Jerman, RS5 Sedan dijual pada harga bermula €106,200 (RM490,124), manakala RS5 Avant dari €107,850 (RM497,739).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here