Utama Berita Automotif Ducati Panigale V4 raih pengiktirafan Good Design Award (2025)

Ducati Panigale V4 raih pengiktirafan Good Design Award (2025)

8

Ducati Panigale V4 sekali lagi membuktikan statusnya sebagai antara superbike tercantik di dunia apabila meraih satu lagi pengiktirafan antarabangsa, iaitu Good Design Award 2025. 

Ia merupakan anugerah reka bentuk berprestij yang dianjurkan oleh Chicago Athenaeum bersama European Centre for Architecture, Art, Design and Urban Studies.

Good Design Award yang diasaskan pada 1950 oleh tokoh reka bentuk seperti Eero Saarinen serta Charles dan Ray Eames, merupakan antara anugerah paling berpengaruh dalam dunia reka bentuk global.

 

Kemenangan ini menambah lagi koleksi trofi Ducati, melengkapkan “hatrik” bersama iF Design Award 2025 dan Red Dot Award 2025, sekali gus mengukuhkan reputasi Panigale V4 sebagai “beauty queen” dalam dunia superbike.

Kini memasuki generasi ketujuh, Panigale V4 adalah manifestasi DNA perlumbaan Ducati dan falsafah mereka dalam menghasilkan motosikal yang menggabungkan kecantikan sensual dengan teknologi canggih.

Reka bentuknya menekankan integrasi aerodinamik dan estetika, menghasilkan bentuk yang bukan sahaja cantik tetapi juga berfungsi.

 

Menurut Andrea Ferraresi, Pengarah Strategi dan Centro Stile Ducati, “Setiap garis dan setiap permukaan Panigale V4 lahir daripada visi yang jelas — reka bentuk dan prestasi mesti bergerak seiring. Anugerah ini mengesahkan apa maknanya mereka bentuk sebuah Ducati: mencipta motosikal yang mampu membangkitkan emosi sejak pandang pertama, dan menunaikan janji itu ketika ditunggang.”

Reka bentuk Panigale V4 diinspirasikan daripada ikon Ducati 916, namun diterjemahkan semula dalam bahasa moden dan dipadukan dengan DNA perlumbaan terkini.

Matlamatnya adalah menghasilkan sebuah superbike yang meraikan sejarah Ducati sambil membawa segala inovasi dan pengalaman daripada kejayaan mereka dalam Kejuaraan Superbike Dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here