
Selepas kemunculan sulungnya di Jepun, BYD mengumumkan rancangan untuk membawa masuk Kei Car Racco ke pasaran Sri Lanka dan Macau.
Tempahan model berkenaan telahpun dibuka di Macau manakala Racco akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Oktober di Sri Lanka.
Pengumuman tersebut dibuat di pusat pengedar Hiratsuka, wilayah Kanagawa, Jepun ketika syarikat meraikan jualan lebih 10,000 unit kenderaan di pasaran matahari terbit berkenaan.
Wakil BYD menyatakan bahawa pengeluar kenderaan itu sedang aktif menilai permintaan Racco di luar Jepun, dan akan memberi keutamaan kepada pasaran pemanduan kanan (RHD).
Walaupun BYD belum mengumumkan langkah seterusnya, ia berkemungkinan besar akan memasuki pasaran RHD yang mementingkan ruang dan telah lama menerima Kei Car.
Salah satu pasaran berpotensi ialah Hong Kong yang mana pengeluar kenderaan Jepun dan Suzuki telah bertapak kukuh menerusi model seperti Hustler, Jimny dan Carry.
Pasaran berpotensi yang lain ialah United Kingdom yang mana Honda telah melancarkan Super-N dengan versi yang sedikit lebih besar dan lebih bertenaga daripada N-One Jepun.
Racco merupakan model pertama BYD yang dibangunkan khusus untuk pasaran Jepun dan direka bagi memenuhi piawaian Kei Car negara tersebut.
Ia adalah kereta Kei elektrik pertama yang melepasi jarak pemanduan 300 km (WLTC) dan telah menerima lebih 1,000 tempahan dalam tempoh dua minggu pelancaran.
































