Volvo dan Geely bakal bergabung untuk pembangunan enjin

2006

Volvo dan Geely bakal bergabung untuk operasi enjin pembakaran mereka kepada satu syarikat tunggal berasingan. Ia akan memfokus kepada membangunkan enjin generasi akan datang yang lebih cekap serta powertrain hibrid.

Enjin petrol Volvo Drive-E. Imej: Autocar

Menurut Autocar, perniagaan powertrain baharu itu akan terus membekalkan enjin pembakaran biasa dan juga hibrid kepada barisan jenama-jenama di bawah Geely termasuklah Volvo, Lotus, Proton, LEVC dan Lynk&Co. Ia juga akan berfungsi sebagai pembekal kepada syarikat pihak ketiga lain.

Syarikat itu akan terdiri daripada kira-kira 3,000 pekerja Volvo dan 5,000 dari Geely tanpa sebarang kehilangan kerja diramalkan. Kedua-dua firma akan mula mengasingkan operasi enjin mereka kepada divisyen baharu untuk tujuan ini.



Jika Volvo dan Geely bakal bergabung, ia membolehkan Volvo memfokus kepada pembangunan powertrain dan kereta elektrik sepenuhnya. Pengeluar itu komited untuk menawarkan versi elektrik untuk setiap model baharu.

Jangkakan kenderaan elektrik-bateri untuk memenuhi separuh daripada jualan global Volvo menjelang 2025. Volvo akan melancarkan model produksi elektrik sepenuhnya (EV) yang pertama minggu depan, iaitu XC40 EV.

Walaupun memfokus kepada masa depan elektrik, enjin pembakaran biasa akan tetap menjadi kunci utama kepada penawarannya. Bos Volvo, Håkan Samuelsson berkata dengan syarikat enjin tunggal asing itu akan mempunyai lebih kebolehan untuk membangunkan teknologi enjin pembakaran, terutamanya untuk hibrid.

“Kereta hibrid perlukan enjin pembakaran dalaman terbaik,” kata Samuelsson. “Unit baharu ini akan mendapat sumber, skala dan kepakaran untuk membangunkan powertrain dengan sebaiknya dari segi kos.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here