BMW M8 Gran Coupe, pesaing kepada AMG GT 63S 4Matic

172

BMW telah memperkenalkan BMW M8 Gran Coupe yang cantik dan harus dikatakan jentera ini adalah produk BMW paling menyerlah dijual pada masa ini.

Pada masa kini, membeli sedan sports Jerman tak cukup memeningkan dengan BMW M5 dan Mercedes-AMG E63 kini mencapai 1,200hp, Audi RS7 Sportback pula tiba-tiba semakin meningkat bagus. Pada masa yang sama, AMG juga menawarkan AMG GT 4-Door.

Di bawah rupa garang dan elegan itu ialah 4.4-liter V8 turbo seperti pada M5. Jumlah kuasa ialah 600hp untuk M8 ‘biasa’ dan 616hp untuk M8 Competition, disalurkan ke semua roda dan mempunyai sistem stereng empat-roda. Dengan menekan suis yang betul, M8 ini juga mampu drift dengan mod istimewa, sama seperti M5 dan AMG GT 4-Door.

Prestasi juga tidak kurang hebatnya. Pecutan ke 100km/j dalam 3.2 saat. Kelajuan maksima pula ialah 250km/j, dan akan ditingkatkan kepada 300km/j jika dilengkapi pakej M Driver.

 

Kelengkapan lain yang diterima oleh M8 Competition termasuklah rim unik, sistem ekzos lebih agresif, kemasan dalaman dengan balutan kulit Merino, suspensi depan ditambahbaik, dan perubahan pada perisian untuk sistem dinamik kenderaan.

BMW M8 Gran Coupe juga akan mendapat brek dengan pacuan elektrik serta pilihan brek karbon-seramik. Harga M8 Gran Coupe ini akan bermula pada £120,935 (RM640,310), iaitu £2,500 (RM13,236) lebih murah dari versi dua-pintu. Pelik? Ya, itulah cara mereka.

 

 

 

Komen anda mungkin membantu