Proton jual 90, 647 unit kenderaan sehingga Julai, X90 pendahulu SUV segmen-D

237

Proton merekodkan jualan kenderaan sebanyak 13, 326 unit (import + eksport) pada bulan Julai lalu, iaitu peningkatan sebanyak 16.1 peratus berbanding Julai 2022.

Ini menjadikan jualan kumulatif tahun ini mencapai 90,647 unit. Menurut Proton, ini kali pertama angka jualan tahunan melebihi 90,000 unit dalam masa tujuh bulan pertama selepas prestasi yang sama kali terakhir direkodkan pada 2012. 



Jualan bulan lalu meningkat sebanyak 16.1 peratus berbanding Julai 2022 dan pegangan pasaran pada bulan Julai dianggarkan pada 20.5 peratus. 

Pencapaian Proton berlatarbelakangkan peningkatan jualan automotif setelah jumlah volum industri (TIV) dianggarkan sebanyak 64,864 unit untuk Julai.

Walaupun kurang daripada tiga bulan pelancaran, SUV X90 kini menerajui jualan keseluruhan dalam segmennya. 

JUALAN MENGIKUT MODEL

  • Proton X90 merekodkan jualan 886 unit pada Julai menjadikan total jualan sejak pelancaran sebanyak 2,225 unit. 
  • Proton Persona pula merekodkan jualan 1,953 unit pada Julai dengan jumlah jualan tahunan sebanyak 14,533 unit.
  • Pada bulan lalu, Proton X50 terjual sebanyak 2,630 unit menjadikan jumlah jualan tahun ini meningkat ke 20,192 unit. 
  • Proton Exora merupakan peneraju jualan segmen keempat bagi bulan Julai dengan penghantaran 374 unit menjadikan jumlah jualan mencapai 2,741 unit. Ini peningkatan sebanyak 13.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Model popular Proton Saga terjual sebanyak 5,926 unit pada Julai yang mana permintaan untuk tahun ini meningkat 40.2 peratus. Saga menjadi model kedua popular selama dua bulan berturut-turut dengan jumlah jualan 39,251 unit tahun ini.
  • Proton Iriz menduduki tangka keempat dalam senarai jualan segmen iaitu sebanyak 676 unit bulan lalu dengan jumlah jualan tahun ini 4,708 unit iaitu peningkatan 80.7 peratus berbanding tahun lalu.
  • Proton X70 terjual sebanyak 881 unit pada Julai, yang meletakkannya di tempat kedua keseluruhan dalam segmennya dengan jualan 6,997 unit bagi 2023.

“Proton X90 yang sudahpun mendahului kelasnya selepas hanya tiga bulan, model baharu yang akan dilancarkan dan kemasukan syarikat ke pasaran kenderaan elektrik (EV) pada 2023 melalui Smart Malaysia, kami yakin dapat mencapai sasaran akhir tahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here