
Bersempena dengan Goodwood Festival of Speed tempoh hari, Honda mengambil kesempatan memperlihatkan coupe hibrid Honda Prelude (2026).
Untuk sesi kali ini, Honda turut membenarkan pengunjung melihat dengan lebih dekat coupe tersebut serta duduk di dalam ruang kabin.
Seperti yang tela dipertontonkan sebelum ini, Honda Prelude membawakan rekaan coupe yang mengimbau kembali model ikonik generasi terdahulu.
Kita boleh lihat pada Prelude rekaan lampu utama LED yang tajam, bar lampu di belakang, pemegang pintu yang terbenam, serta warna Boost Blue Pearl yang dipinjamkan daripada model Civic Type R.
Buat masa ini, Honda tidak mendedahkan spesifikasi penuh Prelude.
Namun, kita boleh jangkakan Prelude baharu ini dipadankan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter dan motor elektrik yang memacu roda depan.
Sayang sekali, tiada penawaran transmisi manual untuk Prelude kali ini, namun Honda menjanjikan penukaran gear yang lebih mengujakan menerusi fungsi S+.
Biarpun menggunakan platform Civic, Prelude (2026) akan menampilkan suspensi hadapan dua paksi Civic Type R, peredam adaptif, trek roda depan dan belakang yang lebih lebar, serta tetapan casis yang lebih ringan.
sumber gambar: Autoblog