BMW masih komited hasilkan model sedan

23

Tidak dapat dinafikan, SUV kini mendominasi segenap ceruk pasaran di serata dunia, malah di sesetengah tempat ia menjadi model yang paling laris terjual mengalahkan sedan.

Namun begitu, BMW masih lagi belum bersedia untuk berputus asa terhadap model sedan empat pintu tradisional.

Dalam temubual bersama laman GoAuto, BMW menekankan bahawa sedan kekal menjadi sebahagian penting dalam barisan portfolio produk mereka.

Menurut Oliver Heilmer selaku ketua unit rekaan BMW Neue Klasse berkata, “beberapa tahun lepas, kamu mungkin berfikir sedan akan hilang. Namun, sejujurnya ia kekal stabil, dan ia adalah sesuatu yang perlu kami tekankan.

“Sedan kecil, sporti, elegan merupakan tunjang utama kepada jenama (BMW).”

Untuk makluman, BMW merupakan salah satu pengeluar yang mempunyai barisan produk sedan menyeluruh di kalangan jenama automotif mewah lain.

Selain model-model 3 Series, 4 Series GC, 5 Series dan 7 Series, BMW turut merancang untuk memperkenalkan sedan elektrik i3 diikuti dengan sedan 3 Series yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman.

Dalam sesi temubual yang sama, Oliver menjelaskan bahasa rekaan BMW akan lebih diperhalusi mengikut model, dan ini mungkin membawa petanda jeriji saiz gergasi yang wujud pada model 3 Series dan 4 Series sedia ada mungkin akan lenyap.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here