Utama Berita Automotif Ikut jejak Honda, tiba giliran Toyota ceburi bidang penerbangan

Ikut jejak Honda, tiba giliran Toyota ceburi bidang penerbangan

6

Penglibatan syarikat automotif dalam industri penerbangan bukanlah satu perkara baharu. 

Antara nama-nama besar yang terlibat termasuklah Honda, Xpeng dan yang terbaharu: Toyota

Gergasi automotif nombor satu dari Jepun itu kini mengumumkan kerjasama baharu dengan Joby Aviation yang menandakan kemasukan rasmi ke dalam industri pembuatan pesawat. 

Kerjasama antara Toyota dan Joby Aviation sebenarnya telah terbentuk sejak 2020 lagi. 

Syarikat usahasama baharu yang digelar sebagai Joby Toyota Aero Manufacturing Preparation Company itu berpangkalan di California di mana Toyota memegang 51 peratus saham. 

Matlamatnya jelas, mahu menggabungkan kepakaran Joby dalam teknologi penerbangan elektrik dan kehebatan Toyota dalam sistem pengeluaran dan operasi bertaraf dunia. 

Fokus utama akan tertumpu kepada persediaan pengeluaran pesawat komersial eVTOL (electric vertical take-off and landing) yang direka sebagai teksi udara yang boleh membawa 4 penumpang bersama seorang juruterbang. 

Menurut Pengerusi Toyota Akio Toyoda menjelaskan, “Sejak penubuhan kami, falsafah kami ialah menyediakan mobiliti untuk semua. Mobiliti udara ialah lanjutan semula jadi falsafah itu — dari darat ke langit — dan cara untuk membawa nilai baharu kepada masyarakat.

“Kami gembira dapat meneruskan cabaran ini bersama Joby, rakan yang berkongsi visi sama.”

Joby Aviation sedang membangunkan rangkaian teksi udara yang menawarkan pengalaman perjalanan hujung-ke-hujung — menghubungkan pengangkutan darat dan udara dalam satu perjalanan, hasil kerjasama dengan syarikat seperti Delta dan Uber.

Spesifikasi utama pesawat eVTOL Joby:

  • Enam rotor

  • Kapasiti 4 penumpang + 1 juruterbang

  • Kelajuan maksimum 200 mph (322 km/j)

  • Empat bateri, propeller berputar, dan pelbagai sistem redundansi untuk keselamatan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here