
Lean Mobility baru-baru ini menandatangani perjanjian pengedaran dengan Toyota Tsusho untuk model EV urban Lean3.
Di bawah perjanjian tersebut, Toyota Tsusho akan diposisikan sebagai rakan jualan bagi pelanggan korporat di Jepun, selain bertanggungjawab untuk jualan dan pajakan Lean3 di sana.
Untuk makluman, Toyota Tsusho merupakan sebuah syarikat perdagangan untuk menyokong perniagaan automobil Toyota dan syarikat Toyota lain, merangkumi pelbagai bidang termasuklah bahan mentah perindustrian, agrikultur dan teknologi tinggi.
Syarikat itu juga turut mempunyai jaringan meluas dalam bidang mobiliti termasuklah logistik kenderaan di Jepun.
Lean3 merupakan sebuah kenderaan elektrik ultra-kompak 3-roda yang dibangunkan oleh Lean Mobility, sebuah syarikat mobiliti yang diasaskan oleh bekas pembangun konsep Toyota i-Road.
Ia mempunyai ciri seperti berikut:
- konfigurasi tiga roda dengan titik graviti yang rendah
- ruang kabin tertutup sepenuhnya lengkap dengan sistem pendingin hawa
- had laju maksimum 60 km/j
- jarak gerak sejauh 100 km
- pengecasan 5 jam dengan AC 220V
-
harga jualan dari 1,698,000 yen (RM44 ribu)
Selain itu, ia juga turut mempunyai teknologi kawalan condong aktif yang akan mencondongkan badan kenderaan secara automatik berdasarkan kelajuan dan sudut stereng untuk kestabilan pengendalian.
Dengan rekaan kabin tertutup, Lean3 dilihat mampu meringankan beban pekerja yang selama ini bergantung kepada motosikal dua roda yang kerap terdedah kepada keadaan cuaca yang pelbagai.






