Filem Budak Kripto: Netizen persoal babak trailer, rim sport bertukar rim besi selepas jatuh gaung

2724

Trailer filem adalah penting kerana setiap susunan plot yang dipilih akan memberi petunjuk kepada penonton tentang kisah filem yang bakal ditayangkan.

Jadi, selalunya pengarah akan memilih bahagian aksi atau suspen agar penonton tidak sabar untuk menunggu kemunculan filem berkenaan.



Bagaimanapun lain pula yang terjadi pada filem tempatan Budak Kripto yang bakal ditayangkan bulan depan. Trailer filem berkenaan berjaya mendapat perhatian dan menjadi bualan dalam kalangan netizen namun bukanlah secara positif.

BACA>>Remaja ini hancurkan Ford Mustang R-Spec milik bapa seminggu selepas dibeli

Selain dilabel sebagai filem ‘sampah’ walaupun masih belum ditayangkan, ada satu bahagian klip video yang mengundang persepsi sinis penonton. Pemilihan plot menimbulkan pelbagai persoalan.

Awal trailer berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan dua buah kenderaan mewah berwarna merah yang mana di depannya merupakan kereta sport yang sering dikaitkan dengan tauke MLM. 

Adakah Ford Mustang dengan nombor plat VBC 7632 itu ada kaitan dengan plot akhir video (1 minit 14 saat) yang menunjukkan sebuah kereta berwarna merah meletup selepas terjunam ke gaung.

Bagaimanapun, bermula daripada babak bahagian rim sehingga aksi skidding pelakon menggunakan Proton Wira jika melihat kepada skirting serta bentuk badan kereta, bukannya Ford Mustang. 

Namun, persoalan yang wujud apabila babak rim yang awalnya menggunakan jenis sport tiba-tiba bertukar kepada rim besi standard (rim kompang).

Anda boleh lihat dengan jelas Proton Wira yang dipandu oleh Putra (lakonan Zam Azmi) ketika cuba melarikan diri menggunakan rim sport.

Tetapi apabila sedan nasional itu jatuh ke gaung lalu terbakar, keempat-empat tayar bertukar menjadi rim kompang pula. Ini memang lawak!.

BACA>>“Beratus-ratus aku habis, itu cara dia,” pemilik bakar Proton Wira sakit hati kereta masih tak OK!

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:

“Kereta meletup tu aku rasa pengarah dah kembang feeling mcm michael bay hahaha.”

“Sblum jatuh tunjuk sport rim lawa, last2 yg jatuh tu kerete proton wira..boom!!!”

“Kete mustang, tp meletup kete wira aeroback rim besi wehhhh..”

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here