Honda Thailand buka tempahan Civic Type R (2023), harga setengah juta

556

Honda Malaysia mengumumkan bakal membawa masuk tiga model baharu tahun ini. Salah satunya adalah Honda Civic Type R.

Hot hatch berprestasi berkenaan dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (2023) yang sedang berlangsung dan pengedar rasmi Honda Thailand sudahpun membuka tempahan Civic Type R. 



Berapakah harga Civic Type R FL5 berkenaan?. Honda Thailand mendedahkan harga rasmi FL5 adalah THB 3,990,000 (RM517,366). Lebih daripada setengah juta gais dan model itu dibawa masuk dalam unit yang terhad. 

Seperti mana FK8, FL5 menggunakan janakuasa 2.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 330PS @ 6,500rpm dan tork 420Nm @ 2,600-4,000rpm. Output berkenaan lebih berkuasa 10PS dan tork 20Nm berbanding sebelumnya.

Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Peningkatan output itu disumbangkan oleh rekaan semula pengecas turbo yang mana saiz, bentuk dan bilangan bilah roda turbin telah dioptimumkan.

Perubahan lain termasuk peningkatan kadar aliran pengambilan udara dan sistem ekzos yang lebih cekap.

Hot hatch tersebut kini lebih panjang, rendah dan lebar selain reka bentuk yang berotot serta msofistikated. Ia menampilkan aerodinamik yang canggih untuk daya tekanan ke bawah seimbang serta mampu mengurangkan seretan udara.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here