Oben Rorr EZ Sigma: Motosikal EV yang murah tapi tidak lokek spesifikasi!

74

Motosikal elektrik nampaknya semakin meraih populariti di pasaran India yang cukup tepu dengan bermacam jenis model motosikal yang menarik.

Salah satu daripadanya ialah Rorr EZ Sigma yang dihasilkan oleh syarikat pemula Oben Electric yang berpangkalan di Bengaluru.

Dengan harga jualan bermula dari Rs 127,000 (RM6,130), ia menawarkan pakej spesifikasi yang cukup berbaloi.

Jentera ini dipacu oleh motor elektrik 10 hp/52 Nm, membolehkan pecutan 0-40 km/j dalam masa 3.3 saat.

Had laju maksimum ialah sekitar 95 km/j dalam mod Havoc, sementara mod Eco pula menghadkan kelajuan kepada 45 km/j, diikuti mod City (65 km/j).

Terdapat dua pilihan pek bateri, iaitu 3.4 kWh dengan jarak gerak sejauh 140 km, atau 4.4 kWh yang menawarkan jarak gerak sejauh 175 km untuk sekali cas penuh.

Motosikal ini turut menyokong pengecasan pantas di mana bateri boleh dicas 0-80 peratus dalam masa satu jam 30 minit. 

Ciri moden yang dimuatkan termasuklah mod undur, grafik yang lebih malar segar serta skrin paparan TFT lima inci berwarna penuh, lengkap dengan sokongan navigasi, kawalan muzik dan notifikasi peranti pintar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here