
Geely Auto Indonesia rasmi memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kemudahan PT Handal Indonesia Motor (HIM), Purwakarta.
Model Starray EM-i menjadi kenderaan pertama pemasangan tempatan (CKD) yang menjadi langkah penting Geely di pasaran automotif Indonesia.
Pemasangan dijalankan dengan standard teknologi global yang sama seperti kilang Geely di negara lain. Sebelumnya, pihak syarikat telah melakukan fasa ujian percubaan pemasangan sejak Mei 2025.

Selepas Starray EM-i, model yang akan dipasang di kemudahan tersebut adalah Geely EX5 dan Xingyuan.
“Kapasiti produksi hingga 60 unit per hari memungkinkan konsumer memperoleh kendaraan lebih cepat, sekaligus menjamin prestasi kenyamanan, dan keselamatan standard global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Indonesia, Wu Chuxing.
Untuk menjaga kualiti, Geely menerapkan Geely Manufacturing Enterprise System (GMES) dan penilaian berkala. Teknologi termaju seperti platform GEA dan bateri Geely Short Blade kini dipasang langsung di Indonesia.

Ciri bantuan keselamatan termaju (ADAS) turut diuji menggunakan mesin khusus dari China untuk memastikan fungsinya tetap optimum pada setiap kenderaan.
Langkah ini menjadi sebahagian dari strategi Geely mendorong mobiliti lanjutan di Indonesia.
Dengan menghadirkan teknologi elektrifikasi pada barisan produksi lokal, Geely menyokong sasaran kerajaan dalam pengurangan emisi karbon sekaligus menawarkan pilihan kenderaan ramah lingkungan bagi konsumer.
ARTIKEL LAIN































